Saturday, August 23, 2008

Gambar Aziz M Osman Nikah Dengan Ustazah

Pada 16 Ogos lalu, pengarah tersohor, Aziz M. Osman telah pun bernikah sekali lagi (selepas perceraiannya dengan Noraliah Lee) dengan seorang ustazah manis dari Terengganu. Aziz katanya bertemu dengan gadis berusia lingkungan 20 an ini ketika mengerjakan umrah bulan April lalu telah membuka pintu hatinya untuk kembali ke alam berumah tangga.

Aziz juga akan berbulan madu ke Bali serentak dengan rombongan Aziz bersama dua lagi pengarah berbakat, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki akan berlepas ke pulau peranginan itu untuk sesi lampias otak untuk filem kerjasama mereka, 3 Jalan.

Kepada Aziz M Osman, tahniah dan selamat pengantin baru. Semoga berbahagia!


Credit from: www.budiey.com


Tuesday, August 12, 2008

'Puteri' kena talak dua

KUALA LUMPUR - "I ceraikan you talak dua yang membawa maksud talak kali kedua.''

Itulah kata-kata penamat hubungan suami isteri antara Rizal Ashram Ramli, yang juga anak sulung bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib dengan pelakon jelita, Nora Danish di hadapan Hakim Syarie Ahmad Irwan Ismail semalam.

Talak yang dijatuhkan itu juga menamatkan spekulasi masalah rumah tangga pelakon tersebut yang sedang hamil tiga bulan.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 26, berkata demikian semasa perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah oleh Rizal, 38, pada tarikh tersebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Rizal yang memfailkan permohonan itu tiga minggu lalu dan Nora selaku defendan hadir memberi keterangan tanpa diwakili peguam.

Terdahulu, plaintif (Rizal) memberitahu dia melafazkan cerai tersebut tiga hari sebelum ulang tahun kedua perkahwinan mereka menerusi satu panggilan telefon yang dibuat kepada Nora atas alasan mereka tidak bersefahaman lagi.

Rizal yang kelihatan tenang mendakwa, lafaz itu dibuat pada pukul 3.30 petang ketika dia berada di pejabatnya di Sri Hartamas manakala Nora pula berada di rumah mereka di Jalan Rithcie, Ampang namun menafikan berlaku sebarang pergaduhan antara mereka sebelum itu.

"Lafaz cerai tersebut berbunyi, 'I ceraikan you' dan Nora tanya berapa talak, saya cakap sekali lagi, "I ceraikan you talak dua", yang membawa maksud talak kali kedua," kata ahli perniagaan itu ketika disoal di mahkamah.

Ditanya mengapa talak kali kedua, jelas Rizal, dia pernah melafazkan cerai terhadap Nora dengan lafaz: "I ceraikan you" pada Februari tahun ini setelah mereka bergaduh namun ia tidak didaftarkan kerana mereka rujuk kembali selang beberapa minggu kemudian atas nasihat seorang ustaz.

Berbalik kepada lafaz kali kedua, Rizal berkata, dia menelefon Nora pada waktu itu dengan niat untuk menceraikannya dan hasrat tersebut turut disuarakan kepada pelakon drama Puteri itu sehari sebelumnya dengan alasan dia telah tawar hati namun Nora hanya mendiamkan diri.

Setelah melafazkan cerai tersebut, dia mendakwa tidak pernah berjumpa dengan Nora sehinggalah di mahkamah semalam dan mereka hanya berhubung melalui telefon serta khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sementara itu, Nora dalam keterangan balasnya pula menjelaskan, lafaz cerai kali pertama berlaku ketika dia di rumahnya manakala suaminya pula berada di rumah ibu bapanya di Ampang juga menerusi panggilan telefon.

Terdahulu, ramai yang membuat spekulasi sendiri mengenai punca mereka berpisah. Bagaimanapun, Nora menafikan yang mereka bercerai kerana bergaduh dan salah faham selepas tersebar gosip seorang pelakon mabuk mencium leher Rizal. Sebaliknya kata Nora, mungkin jodoh mereka memang tak panjang. Credit from: my-artis.blogspot.com

Cham VE ceraikan isteri talak 3

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Salah seorang anggota kumpulan VE memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa talak tiga yang dijatuhkan terhadap isterinya adalah disebabkan paksaan wanita itu yang mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.

Charm atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil, 30, (gambar) berkata demikian semasa perbicaraan singkat di hadapan Hakim Syarie Jamil Ahmad yang mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah artis tersebut terhadap isterinya, Karmila Khalid, 31.

Dia yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi, 5 Jun lalu, di kediaman mereka di Seksyen 13, Shah Alam di sini dengan lafaz berbunyi," Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Sementara itu, Karmila ketika ditanya apa yang menyebabkan berlakunya lafaz tersebut mendakwa, mereka bergaduh sebelum itu dan dia mengaku telah memaksa suaminya untuk menceraikan dia.

"Saya kata, kalau nak sangat perempuan itu, ceraikan saya!" jelasnya tenang.

Karmila juga mendakwa, ketika diceraikan, dia baru habis menjalani tempoh pantang anak ketiga mereka selama 45 hari

Thursday, August 7, 2008

AMY DAPAT HADIAH BIRTHDAY RM2.5 JUTA



Nabila dan bakal suaminya…
MAHU tahu siapakah yang mendapat rumah bernilai RM2.5 juta sebagai hadiah hari jadi?

Bukan artis Hollywood, tetapi artis Malaysia yang dikenali sebagai Amy Search.

Itulah kejutan buat media saat menghadiri majlis hari jadi ke-50 rocker tersohor Malaysia ini.
Hal itu didedahkan sendiri oleh isteri Amy, Norish saat Amy sedang sibuk melayan soalan-soalan yang dilemparkan pihak media.

Menurut Norish, Amy telah menerima hadiah sebuah rumah bernilai RM2.5 juta di sebuah kawasan perumahan elit.

Tanpa banyak bicara, Amy hanya mampu tersenyum, lantas mula berkata-kata, “Baru tempah semalam. Kalau boleh saya tak mahu kecoh-kecoh. Lagipun ini pemberian orang, dan saya berterima kasih kepadanya,” akui Amy sambil enggan memberitahu siapakah gerangannya yang menghadiahkan rumah mewah itu kepadanya. credit from: mybikerz.blogspot.com

Penyanyi Leina Hangat sah bercerai



KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini mengesahkan perceraian penyanyi penyanyi, Leina Hangat dengan suaminya seorang warga Perancis, Muhammad Jamal Delaloy Abdullah.

Hakim Syarie, Mamat Haizan Salleh membenarkan perceraian itu selepas mendengar keterangan dan sumpah dilafazkan penyanyi yang popular dengan lagu Ceria Dalam Gundah atau nama sebenarnya, Norazlina Abd Rahman, 36.

Mahkamah juga memerintahkan Leina beredah selama tiga bulan mulai hari ini selepas penyanyi itu memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya pada 19 Jun lalu.

Terdahulu, mahkamah memerintahkan Leina bersumpah selepas beliau serta dua saksi memberikan keterangan tanpa pembelaan dari pihak suaminya (defendan) yang tidak hadir ke mahkamah.
sumber:www.bharian.com.my

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE

Monday, August 4, 2008

Acha Kecewa Dengan Irwansyah

ARTIS jelita yang popular dalam filem Heart dan Love, Acha Septriasa pula berpisah dengan kekasihnya, Irwansyah.

Pelakon yang sedang menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta di Kuala Lumpur berang apabila mengetahui Irwansyah bermain mata dengan seorang pelakon pendatang baru.

Acha sendiri memberitahu ibunya bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Irwansyah semasa pulang bercuti ke Jakarta minggu lalu.

Sebelum ini Irwansyah keberatan untuk melepaskan Acha ke Kuala Lumpur hingga Acha menangis dengan adegan mesra yang ditunjukkan Irwansyah.

Sejak tinggal berjauhan, kedua mereka saling mencurigai, kata ibu Acha.

Menurut ibunya, Acha amat sukar untuk mencari teman lelaki, dia mungkin mengambil masa setahun atau dua tahun lagi untuk mendapatkan pengganti.

Siapakah lelaki bertuah yang dapat memikat hati Acha?

Sementara itu Irwansyah baru selesai shooting sinetron berjudul Upik, Abu dan Laura. Drama itu dibintangi pelakon remaja yang sedang mencipta nama, Cinta Laura, 16.

Credit From: Utusan Malaysia

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger