Wednesday, March 11, 2009

Teka teki lawak

Dalam Banyak2 air,air apa yg paling berani?
Ha.Ha.Ape bende tu?! Kalau nak tahu, jawapan yg sebenarnye ialah air terjun..sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak- banyak binatang...binatang apa keluar haid...
jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu...keluar HEAD....tak paham jugak.ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan.. seorg ahli silap mata tlh memijak kaca dgn tpk kakinya.. ttp dia x mengalami kelukaan..lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga..apabila selesai persembahan dia jln
terhencut2 kerana terpijak tahi ayam...hehehe..... ok x ... lawak x...

Dlm bnyk2 binatang..... bntg ape yg bertelur dan beranak.....kira 2 alam la niiii..... ha jwp2.... ...siput babilaaaaa.....ye la siput bertelur...babi beranak....

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai,
sungai apa yang paling berat?
Jawapannya ialah Sungai Besi...Ha...ha...ha...

Kereta dengan motor, mana lebih tua?
jawapannya adalah motor,sebab motor pakai tongkat...

Dlm banyak- banyak pokok,pokok apa yg baik hati?
jwpn dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin...
huruf TA dan YA laa... kan jadi TAYAR tu

kasut apa yang paling keras?
Kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa...muhahaha..lawak ka?

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti?
jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu..mane huruf yang boleh kahwin ...ahhh sape dapat jawab????
jawapannya ialah...huruf i ngan u lerrr..hehehehehe.nih antara
pasangan bercinta lerrr ..hehehehe

Sumber : isuhangat.blogspot.com

Gambar Liena Hangat Bernikah Dengan Lelaki Melayu



Setelah empat tahun bersendirian, Liena Hangat atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 37, akhirnya menemui cintanya dengan seorang jejaka yang membawa mereka ke jinjang pelamin.

Dengan sekali lafaz, Mohd. Zaipul Bahri Ghazali, 35, seorang kakitangan kerajaan, sah menjadi suami Liena yang menerima mas kahwin RM404 berserta wang hantaran RM22,000 berbentuk Sijil Simpanan Premium, Bank Simpanan Nasional (BSN) di Masjid Negara semalam.

Pasangan pengantin itu kelihatan secocok dengan mengenakan pakaian berwarna putih ketika upacara akad nikah yang disempurnakan oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim, berwalikan bapa Leina, Abd. Rahman Ahmad, 65.

Pada majlis itu, pengantin perempuan menerima sembilan dulang hantaran antaranya ialah mas kahwin, beg dan kasut jenama Louis Vuitton, produk SKII, rantai dan minyak wangi Gucci dan dibalas sebelas dulang kepada pihak pengantin lelaki.

Sementara itu, Zaipul berkata, beliau tidak akan menyekat minat isterinya untuk melibatkan diri dalam bidang nyanyian dan lakonan, malah akan sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Saya cabar dia ke mahkamah! - Radhi OAG



"SAYA yang cabar dia pergi ke mahkamah." Itulah pengakuan terbaru vokalis OAG, Mohd. Radhi Razali, 32, berhubung punca pergolakan rumah tangganya yang sudah berlarutan sejak lebih setahun lalu.

Menurut Radhi, ketika pertengkaran hebat berlaku antaranya dengan isteri, dia telah terlepas cakap dengan mencabar isterinya, iaitu satu tindakan yang dia sendiri kesali.

"Biasalah bila tengah 'panas', saya ada cabar dia. Mungkin sebab itu dia terus ke mahkamah dan membuat tuntutan fasakh.

"Tetapi saya masih sayangkan dia dan kalau boleh saya tak mahu berpisah dengannya," tuturnya tanpa mahu berselindung.

Ini adalah penjelasan pertama Radhi setelah sekian lama mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan pihak media yang 'mengejar'nya bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung masalah rumah tangganya yang tiada titik noktah.

Radhi sebagai defendan kes itu juga gagal menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sebanyak empat kali bagi mendengar permohonan yang dibuat oleh isterinya.

Mahu membela diri, menurut Radhi, dia mempunyai alasan kukuh kenapa tidak muncul di mahkamah.

"Selain sibuk dengan kerja, saya tak pergi mahkamah kerana tidak pernah mendapat sapina yang meminta saya hadir ke mahkamah. Kalau tak ada surat itu, kiranya saya tak diwajibkan hadir," katanya.

Selain itu, menurut Radhi, dia tidak mempunyai kekuatan untuk ke mahkamah memandangkan masih menyayangi isterinya dan berharap agar tidak berlaku perceraian antara mereka.

"Mungkin isteri saya tersilap isi borang untuk meminta saya hadir ke mahkamah. Lagipun bukan saya yang pinta perceraian itu," jelasnya.

Tambah Radhi, sebelum ini mereka pernah dinasihatkan supaya berbaik semula memandangkan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Mohd. Rifdhi Muslim, 4 tahun.

Namun, dengan wajah kesal, Radhi memberitahu, sehingga kini dia tidak berkesempatan untuk bertentang mata dengan isterinya untuk berbincang hal berkenaan secara serius.

"Kami telah berpisah dan tidak tinggal sebumbung sejak 15 bulan lalu. Sehingga kini saya tak dapat nak jumpa dia untuk selesaikan masalah kami. Tetapi nafkah anak, tetap saya jaga.

"Bila masalah ini sudah dibawa ke mahkamah, satu saja yang saya harapkan. Saya harap agar mahkamah mengeluarkan perintah supaya kami tinggal bersama di rumah saya, bukan di rumah keluarga isteri.

"Selama ini saya tak kisah, mungkin dia mahu belajar tentang hal rumah tangga dengan ibunya, tetapi saya rasa kami kena tinggal sendiri. Saya kahwin kerana dia. Jadi, dia perlu percaya dan memahami kehidupan artis seperti saya.

"Pernah sekali saya cuba praktis di rumah untuk lafaz cerai, tapi setiap kali saya nak ungkap perkataan itu, saya tak sanggup dan tak mahu kehilangannya," ujar Radhi lagi.

Radhi yang ditemui pada sidang media Festival Filem Malaysia ke-22 di Finas baru-baru ini sungguh berbeza.

Sedikit tidak terurus, malahan badannya pula semakin susut dengan raut wajahnya agak cengkung, Radhi memang dilihat sedang menghadapi masalah.

Sumber : www.fiq-life.blogspot.com

Tuesday, March 10, 2009

Diana Danielle ke PLKN sambil buat duit

gambar Diana Danielle PLKN @ isuhangat

Untung ya jadi pelakon, orang lain terpaksa masuk ke PLKN manakala Diana Danielle yang sebelum ini minta tangguh ke PLKN, akhirnya bersetuju ke PLKN tetapi ada masyukkk...

Kehidupan tiga artis remaja, Diana Danielle, Suki dan Aliff Satar ketika menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang bakal bermula pada 19 Mac ini akan dirakamkan dan disiarkan dalam bentuk program realiti di 8TV.

Menurut Diana yang dihubungi hari ini, perkara itu telah pun dibincangkan oleh pihak stesen televisyen itu bersama Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), namun sebarang kata putus belum lagi dibuat.

"Apa yang diberitahu oleh ibu saya, perbincangan memang telah dibuat. Pihak JLKN juga telah bersetuju dan kemungkinan akan dibuat sebanyak lapan episod.

"Tujuan ia dijadikan dalam bentuk program realiti ialah untuk memaparkan pembabitan artis-artis dalam PLKN dan pada masa yang sama dapat menunjukkan kepada remaja di luar sana bagaimana kehidupan sebenar di PLKN.

"Tetapi, sejauhmana perkara ini dibincangkan, saya sendiri kurang pasti. Apapun bagi saya, ini satu langkah positif dan amat menyeronokkan," kata Diana yang dihubungi, semalam.

Pelakon berusia 18 tahun ini turut melahirkan perasaan terujanya untuk mengikuti sesi PLKN kali ini.

"Buat masa ini, saya belum lagi menerima surat pengesahan daripada JLKN. Malah, lokasi kem saya ditempatkan juga masih belum saya ketahui.

Sumber: mystar

Salih Yaacob nikah satu lagi, anak Tan Sri

Salih Yaakob kahwin @ isu hangat

Tak sangka ya dalam diam-diam pelakon dan pelawak Salih Yaacob, 48, nak "pasang" satu lagi. Ada khabar angin mengesahkan Salih akan berkahwin dalam waktu terdekat ini dengan seorang gadis berusia 29 tahun.

Kalau Salih dan wanita itu sah jadi suami isteri, ini bermakna Salih Yaakob mempunyai empat orang isteri. Dahsyat.

Niezam sempat juga mengorek rahsia. Gadis tersebut dikatakan anak tunggal kepada ahli perniagaan bergelar Tan Sri. Si gadis juga seorang usahawan dan mempunyai rangkaian restoran di beberapa negeri.

Kata sumber itu lagi, perkenalan Salih dengan si gadis bermula ketika Salih mengendalikan siaran pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid di radio Sinar FM.

Kerana terlalu minat celoteh Salih, dia terus menghubungi stesen radio itu untuk berborak. Tak sangka pula sempat bertukar-tukar telefon dan terus jumpa seperti artis dan peminat.

Masa jumpa itulah Salih meluahkan hasrat nak kahwin dengan gadis tersebut. Begitulah ceritanya.

Sumber: Utusan online

Saturday, March 7, 2009

Kak Ani Tak Percayakan Lelaki



“Kak Ani sudah tidak percayakan lelaki. Menyakitkan hati saja. Bagi Kak Ani, percintaan membuatkan seseorang leka dengan suasana itu.”

Begitulah pendirian Kak Ani atau nama penuhnya Noraniza Idris yang ditemui semalam selepas siaran langsung ‘Wanita Hari Ini’ ketika ditanyakan tentang kehidupan percintaannya kini. Dari riak wajahnya, jelas selepas melalui dua perkahwinan, wanita yang bakal menyambut harijadinya yang ke-41 ini, sudah letih mencari cinta sejati. Jika anda di tempatnya, sudah tentu anda pun berasa serik.

Walaupun tidak dinafikan adakalanya merasa sunyi, namun Kak Ani tabah mengharunginya. Di kelilingi keluarga tersayang, dia mengakui gembira dengan kehidupan solonya. Kebanyakkan masanya difokuskan pada kerja. Semua kerja kerasnya untuk menjamin masa depan dirinya dan keluarga. Masa yang terlapang diluangkan bersama keluarga, melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak, berjalan-jalan.

“Hal peribadi seperti cinta, kahwin ditolak ke tepi, ke No. 4, 5. Kak Ani taknak fikir lagi semua ni. Kak Ani pun takde masa untuk mencari boyfriend. Wanita hari ini bukan seperti zaman dahulu, perlu mencari suami untuk menanggung hidup. Sekarang ini, walau dapat suami pun, jangan dilepaskan kerjaya dan impian anda,” nasihatnya.

Ekoran dari publisiti meluas yang diterima, dari perpisahannya dengan suami pertama, kemudian perkahwinan kedua dan perceraian senyapnya, diakui ibu kepada dua anak lelaki yang masing-masing sudah berusia 20 dan 16 tahun ini, adanya persepsi serong terhadapnya. Malah ia turut datang dari penaja dan rakan usahasama.

“Masyarakat suka bercakap, suka menilai. Tapi saya tahu bagaimana untuk menempis tanggapan itu agar ia tidak mengganggu kerja saya. Ada (penaja, rakan usahasama) yang terus-terang bertanya (tentang kontroversinya) dan bagi saya jika mereka lebih terbuka, ia bermakna mereka menghormati kita. Ada yang menyembunyikannya, menunjukkan mereka was-was dengan motif kita.”

Pelbagai Projek Menanti
Tidak lagi dibelunggu masalah percintaan, Kak Ani dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perkembangan kerjayanya. Bagi peminat yang sudah lama menunggu material baru dari penyanyi irama Malaysia ini, single terbarunya, “Enjut” akan diriliskan tidak lama lagi. Sebuah lagu kuda kepang etnik ciptaan Cat Farish, ia mempunyai tiga versi iaitu etnik kuda kepang, kontemporari dan fusion.


Idea Kak Ani adalah untuk mengeluarkan satu produk dari satu negeri setiap tahun. Projek jangka panjang ini dimulakan dengan negeri kelahirannya, Johor. Tahun depan, kemungkinan Negeri Sembilan atau Sabah. Perihal pemilihan tema kuda kepang, dia menjelaskan dirinya telah membesar dengan kuda kepang, dan projek ini melihatnya kembali ke asal-usulnya.

Single tersebut akan dipakejkan dengan sebuah buku tulisannya mengenai sejarah kuda kepang dan VCD yang mengandungi cerita kesenian kuda kepang dan industri pelancongan Johor. Dia berhasrat memasarkannya sebagai alat pembelajaran di bengkel kesenian dan untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT), dan juga satu bentuk promosi pelancongan.

Untuk mempromosikan pakej itu, akan diadakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah dan IPT-IPT. Dia turut mengikuti tour bersama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana mempercayai muzik dapat membantu lepasan pemulihan dadah mengenali jati diri dan asal-usul mereka. Ingin juga dipecahkan persepsi bahawa muzik ialah satu bentuk dadah dan dadah itu muzik.

Selain kerja penerbitan, bengkel kesenian dan bisnes kateringnya, Kak Ani mendedahkan hasratnya untuk membentuk satu akademi kesenian yang diharap boleh dijadikan sebagai salah satu modul dalam pembelajaran pemulihan AADK. Jelasnya, ini untuk membantu pemulih dadah mengenali diri mereka melalui kesenian. Ingin juga direalisasikan impian yang sudah tersimpan di hati untuk 22 tahun lamanya, iaitu mengadakan sebuah konsert. Berlainan dengan konsert yang biasa dianjurkan, Kak Ani bercadang untuk menyelitkan unsur motivasi dan ilmiah di dalamnya.

Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com

Kes saman MB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Nizar





Mahkamah Tinggi petang ini menolak permohonan peguam bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk menangguhkan keputusan agar kes itu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Justeru, Hakim Mahkamah Tinggi Lau Bee Lan mengarahkan kedua-dua pihak mengemukakan soalan-soalan untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan Selasa ini.

Mahkamah ditangguhkan sehingga 2.30 petang Selasa ini.

Pada prosiding Selasa depan juga mahkamah akan membuat keputusan sama ada soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan boleh didengar di mahkamah terbuka ataupun tidak.

Ketua pasukan peguam Nizar, Sulaiman Abdullah memohon mahkamah agar menangguhkan keputusan pagi tadi untuk merujuk kes berkenaan ke Mahkamah Persekutuan.

Alasan yang diberikan ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir tidak diwakili dalam prosiding peringkat ini.

Bagaimanapun Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaludin Mohd Said yang mewakili Peguam Negara berkata Zambry tidak perlu diwakil pada peringkat ini kerana permohonan semakan ini merupakan permohonan ex-parte (satu pihak).

Beliau juga berkata pihaknya telah mengemukakakan empat soalan kepada mahkamah dalam prosiding hari.

"Pihak kami telah mengemukakan empat soalan sementara hari ini.

"Kita akan kemaskan lagi dan serahkan (soalan) Selasa depan," katanya ketika ditemui media.

Terdahulu pada sebelah pagi tadi, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk merujuk isu perlembagaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dalam kes saman Nizar terhadap Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir ke Mahkamah Persekutuan.

Ia diputuskan Lau.

Bagaimanapun, kes tersebut akan diteruskan di Mahkamah Tinggi selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan yang timbul dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri berkenaan.

Lau berkata, berdasarkan Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 terpakai kepada Undan-undang Tubuh Negeri Perak.

"Berdasarkan peruntukan itu mahkamah mempunyai kuasa untuk merujuk isu mengenai prosedur tubuh kerajaan Negeri Perak ke Mahkamah Persekutuan berhubung perlembagaan negeri," katanya.

Mahkamah juga meminta, peguam kedua-dua belah pihak membantu beliau untuk memutuskan isu undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan perundangan sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Hakim memberi masa selama sejam untuk kedua-dua belah pihak menyediakan persoalan-persoalan yang timbul sebelum dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Kes itu diambil alih Lau selepas Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md Yusof menarik diri daripada mendengar permohonan tersebut.

Sementara itu, Nizar ketika ditemui berkata beliau menyambut baik keputusan hakim untuk merujuk isu yang berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri ke Mahkamah Persekutuan.

"Pihak saya akur dan terima keputusan hakim. Kita hormati dan akan cuba yang terbaik,"katanya.

Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com

Syarul-Shahirah Raja Bahrin selamat diijabkabul




Anak kedua arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Raja Shahirah Aishah, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz, 30, di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini malam tadi.

Majlis akad nikah pasangan tersebut diadakan tepat pukul 9.30 malam tadi dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada sahabat handai dan saudara mara dari kedua-dua belah pengantin.

Majlis dimulakan dengan Jurunikah Negeri M Rozi Bidin membacakan khutbah nikah sebelum dituruti dengan majlis akad nikah yang dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Raja Kamarul Bahrin.


Sebelum memulakan majlis akad nikah tersebut Raja Kamarul Bahrin kelihatan memeluk dan mencium anak perempuan tunggalnya itu hasil perkongsian hidup dengan warga Australia Jacqueline Pascarl-Gillespie.

Syarul Reza yang memakai baju Melayu serta samping songket serba putih sah menjadi suami Raja Shahirah selepas tiga kali lafaz.

Majlis bersanding kedua-dua pengantin dijadualkan berlangsung di Ariani Resort Merang petang nanti.



Pengantin lelaki berasal dari Seksyen 8 Bandar Puncak Alam Selangor manakala pengantin perempuan dari Jalan Sultan Mahmud di sini.

Bercerita tentang perkenalan awal mereka, pasangan yang bercinta hampir lima tahun ini diperkenalkan oleh seorang rakan sebelum mereka bersama-sama menubuhkan kumpulan muzik Lab Rat dan menyertai sebuah pertandingan yang mana mereka berjaya mewakili negara untuk 'The Global Battle of the Bands Challenge 2008' yang berlangsung di London akhir tahun lalu.

Selain Syarul dan Shahirah, kumpulan itu turut dianggotai oleh dua orang adik-beradik Syarul iaitu Syaril Zizi Abdul Aziz, 30 dan Syaiful Nazri Abdul Aziz, 25, serta seorang lagi ahli kumpulannya, Azwan “Kecik” Hadi, 29.

Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com

Tuesday, March 3, 2009

Video pelajar dibuli dan dipukul di SMK Oya, Dalat di youtube

Pelajar yang merakamkan kejadian pelajar dibuli di SMK Oya, Dalat, Sarawak dan upload video tersebut di youtube sedang di cari polis untuk menjadi saksi kejadian.

Inilah bahaya youtube (hak milik google). Sesiapa sahaja boleh upload video-video untuk dikongsi. Banyak lagi video-video pelajar di buli di youtube malah video pelajar diraba beramai-ramai pun ada.

Kalau dilihat video-video ni, ngeris mengenangkan hala tuju remaja-remaja ini. Kes buli atau panggilan mesranya "ragging" menjadi trend terutama di minggu orientasi dari dulu sehingga sekarang masih berlaku baik di sekolah berasrama penuh dan tidak penuh malah hingga ke IPTA pun ada.

Malah ada yang menjadi kes bunuh seperti di zaman 80 an dahulu di SM Teknik , Kuala Lumpur. Kalau tidak silap nama gelaran si pembulinya ialah Carlos.

Ragging aka buli untuk tujuan mendidik dan membuatkan pelajar junior hormat atau gerun kepada pelajar senior sebenarnya lebih banyak keburukan dari kebaikan. Ada pelajar junior yang menjadi trauma,hilang minat belajar,takut dan sebagainya. Kita biasanya mendengar pelajar junior meludah,memijak pakaian pelajar senior kerana di paksa membasuhnya semasa minggu orientasi. Lepas tu pelajar senior tersebut memakainya untuk sembahyang.

Perasaan dendam akan menghantui pelajar junior tersebut bukan sahaja kepada pelajar senior yang buli diaorang tetapi kepada bakal-bakal pelajar junior di masa depan.

Saya cuba juga search di youtube video pelajar dibuli di Sarawak tersebut tetapi tidak jumpa. Mungkin telah diremove oleh "pengupload" tersebut kerana sudah jadi kes polis.

Sekarang video youtube terutama dari Malaysia sudah menjadi tempat marketing blog. Seperti screenshot video youtube di bawah. Gambar tiada kena mengena dengan kejadian tetapi diupload untuk menarik pelawat ke blog diaorang dengan tajuk :

PELAJAR SARAWAK DIBULI DAN DIPUKUL SARAWAK DIBULI KELUAR DI BULETIN UTAMA tv3 Mangsa Lelaki Dipukul Dan Dibuli oleh 18 pelajar lain di sarawak.

video pelajar dipukul@SMK Oya Sarawak

Teknik video marketing ini tidak diketahui kesannya tetapi sudah menjadi trend blogger Malaysia. Yang paling top ialah letak gambar-gambar wanita sexy dengan berpakaian ketat tetapi sebenarnya tiada apa-apa pun. Cuma letak URL blog di akhir video tersebut.

Tiada salahnya video marketing ni tetapi jika letak gambar yang lucah-lucah rasanya sudah keterlaluan. Matlamat tidak menghalalkan cara.

Sumber dipetik dari : http://isuhangat.blogspot.com

Monday, March 2, 2009

Menjengah Alam Barzakh

alam barzakh @ isuhangat
Sekadar Gambar Hiasan

Dimulai lafaz bismillah dan selawat kepada Nabi, saya terus bangun dan terjun ke dalam kubur di sebelah pusara Abang Hamid. Ia baru saja digali sebab di sini, kami biasanya sudah gali lebih kurang 10 kubur sebagai persediaan. Maklumlah, Bakri ni kawasan besar, kalau ada banyak
kematian sekali gus, taklah timbul masalah.

Di dalam lahad saya berbaring dan meratib, lailahaillallah,
lailahaillallah, lailahaillallah...

Saya pejamkan mata, menggigil tengok dinding lahad di depan mata. Bau tanah dan sempitnya ruang di dalam lahad itu menyebabkan saya betul-betul gemuruh.

Munkar, Nakir, ular, jengking, api tinggi menggulung, nanah, darah dan segala seksaan yang pcrnah didengar daripada guru-guru agama terbayang di depan mata.

Saya juga teringat pada alunan suara seorang wanita membaca al-Quran dari salah sebuah kubur di sini yang saya dengar beberapa bulan lalu. Jeritan, tangisan dan raungan dari kubur-kubur lain yang didengar pada malam-malam selepas itu juga pantas menyerbu fikiran.


Baca Selanjutnya : http://isuhangat1.blogspot.com

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger