Ekin wanita istimewa saya - Mawi
GENTING HIGHLANDS 30 Mac - “Memang benar Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini”.
Demikian pengakuan penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi setelah sekian lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pelakon, Nora Asikin Rahmat, 29, atau Ekin ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord‘s Tailor di sini petang ini. Malah, Ekin turut berada di sisi Mawi sewaktu beliau membuat pengakuan tersebut.
Namun begitu, pasangan itu menafikan mereka kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan.
“Kami menafikan sebarang berita yang mengatakan kami sedang menuju ke arah itu (berkahwin). Apa pun, nantikan sahaja pengumuman seandainya jodoh kami sudah sampai kelak,” janji pasangan itu.
Ketika ditanya apakah keistimewaan Ekin di mata Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu memberitahu, sikap Ekin yang ceria serta matang dalam menangani segala masalah membuatkan dia menerima wanita itu untuk bertakhta di hatinya.
Dalam pada itu, Mawi turut memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menafikan mahupun membuatkan media dan peminatnya terus tertanya-tanya mengenai hubungannya itu, tetapi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.
“Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan beritahu kepada semua mengenai hubungan saya. Lagipun, hubungan saya dengan Ekin hadir dengan sendirinya dan kami tidak pernah menetapkan untuk menjadi pasangan kekasih,” jelas Mawi yang mula mengenali Ekin sejak tahun 2006.
Ekin pula, ketika diusik bagaimana mereka menghabiskan masa berdua, sambil ketawa kecil, dia memberitahu, mereka tidak pernah menetapkan masa dan tempat untuk bertemu.
“Sebaliknya, kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi dan bertemu di kedai mamak,” jelas Ekin. credit from: gambarartis.blogspot.com
Jika anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE
Sunday, March 30, 2008
Pengakuan Mawi Berkasih Dengan Ikin
Posted by gambarartiskita at 10:40 PM 0 comments
Labels: Malay Artist
Mawi Bintang Paling Popular 2007
Posted by gambarartiskita at 8:44 AM 0 comments
Labels: Malay Artist
M.Nasir Menerima Anugerah Khas (ABP-Berita Harian)
credit foto from: TV3
M.Nasir menerima Anugerah Khas dalam pemilihan yang dibuat oleh pihak penganjur Anugerah Bintang popular (Berita Harian) yang belangsung pada 9.30 mlm dan berakhir kira-kira jam 11 mlm pada 30 mac 2008 yang disiarkan secara langsung di saluran TV3, di mana M.Nasir menerima anugerah sebagai penghibur sepanjang zaman.
Jika anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE
Posted by gambarartiskita at 8:17 AM 0 comments
Labels: Malay Artist
Friday, March 21, 2008
Gua Hira’ Jadi Inspirasi
Bila rock dan nasyid bersatu, ia memberikan impak yang sangat besar. Gandingan Amy (kiri) dan Asri membuktikan seni tiada sempadannya asalkan usaha itu berlandaskan kejujuran.
KETIKA berkunjung ke Tanah Suci Mekah, Mei tahun lalu, pejuang rock sejati tanah air, Amy Search memperoleh ketenangan dan kedamaian yang sama sekali berbeza.
Selama 25 tahun menyanyi, Amy menyifatkan kunjungan ke rumah Allah itu sangat mendamaikan dan kedamaian itu tidak pernah diperoleh sepanjang menjadi anak seni.
“Kedamaian di sana juga sekali gus membawa ingatan saya kepada sejarah perjuangan Rasulullah s.a.w, kembali menghayati detik-detik kesukaran dan cabaran baginda ketika memperluaskan syiar Islam,” Amy berkongsi cerita kunjungannya ke sana.
Ketika di Mekah dan Madinah, hati Amy sentiasa luluh lantaran keinsafan dan ingatan yang tidak pernah padam terhadap Allah, Rasulullah, perjuangan sahabat-sahabat dan kemurnian Islam.
Ketika berada di sana juga, ada momen yang paling sukar dilupakan seniman yang bakal mencecah usia 50 tahun Julai depan iaitu ketika menapak menjejaki Gua Hira’ iaitu tempat di mana junjungan besar Rasulullah s.a.w memperoleh wahyu pertama.
Di luar sangkaan Amy, ketika dalam perjalanan ke Gua Hira’, tiba-tiba lirik lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur bermain di fikirannya.
“Saya terdengar seni kata lagu tersebut terngiang-ngiang di telinga saya. Saya sangat terkejut sebab perjalanan ini merupakan tempat di mana Rasulullah s.a.w mendapat wahyu pertama.
“Saya terdiam dan tegak bulu roma saya ketika itu dan tertanya-tanya dalam diri apakah hikmah di sebalik ujian itu,” Amy mendedahkan cerita.
Dalam nada rendah diri, Amy mengakui, fikirannya sedikit terganggu ketika itu dan gangguan-gangguan nakal yang tidak diundang mula mengambil tempat di hatinya.
Namun, Amy seorang yang realistik dan dia sangat percaya dan mengagungkan kebesaran Allah.
Menginsafkan
“Selepas berfikir sejenak, saya mula menyedari lagu tersebut mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu menginsafkan khalayak yang mendengarkannya.
“Mesej yang tersurat di sebalik lirik lagu itu begitu mendalam jika dihayati betul-betul,” jelas vokalis utama kumpulan Search ini dalam tutur bicara yang lemah lembut biarpun di pentas pertunjukan dialah raja pentas.
Lalu, apabila kumpulan nasyid popular, Rabbani mempelawa Amy untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu, rocker tersohor tanah air ini tidak teragak-agak menawarkan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur sebagai sandaran.
“Gua Hira’ menjadi inspirasi saya. Seperti yang saya jelaskan, lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur bukan sebuah lagu yang hanya untuk hiburan semata-mata,” tegas Amy mengenai falsafah di sebalik lagu dan lirik ciptaan sifu M. Nasir itu yang dimuatkan dalam album kompilasi Rabbani 1418-1428 H.
Permulaan kolaborasi antara mereka bermula apabila beberapa anggota kumpulan nasyid itu diketuai Ustaz Asri bertandang ke rumahnya selepas membaca artikel mengenai pengalaman Amy mengerjakan umrah.
“Kata Ustaz Asri, Rabbani mahu mengadakan kolaborasi. Saya tidak berfikir panjang bila diajak berbuat demikian. Saya percaya, gandingan ini boleh menawarkan banyak manfaat dan terus bersetuju,” cerita Amy lagi.
Hasilnya, Amy sangat berpuas hati apabila mendengarkan hasil kolaborasi ini lantaran susunan melodinya bertambah indah hasil kerja tangan pemuzik tersohor Jenny Chin atau nama Islamnya, Nadirah Chin Abdullah.
Sementara itu, Ustaz Asri yang mewakili Rabbani mempertahankan tindakan kumpulan nasyid itu yang sering menampilkan kejutan dalam variasi lagu nasyid nyanyian mereka.
Kelainan
Menurut Ustaz Asri, usaha paduan vokal yang melibatkan Amy dan Mawi menerusi lagu yang dimuatkan dalam album Rabbani 1418-1428 hanya bersandarkan hasrat untuk menampilkan kelainan kepada peminat.
Bahkan, jauh di sudut hati, Rabbani kata Ustaz Asri, tidak pernah terlintas untuk menumpang populariti penyanyi-penyanyi popular tersebut.
“Saya tak terfikir atau beranggapan untuk tumpang populariti sesiapa. Apa yang kami cuba lakukan ialah untuk menampilkan sesuatu yang baru dan mencari kelainan kepada peminat.
“Sebab untuk bertahan lama dan mengekalkan peminat yang sedia kita perlu kreatif supaya usaha kita nampak di mata masyarakat. Kita perlu lakukan sesuatu untuk menonjolkan kumpulan kita,” jelas Ustaz Asri mewakili kumpulannya.
Selain lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur nyanyian bersama Amy Search, album kompilasi itu turut memuatkan lagu Saksi nyanyian Rabbani secara duet dengan Mawi selain himpunan lagu-lagu terbaik mereka dari album pertama hingga ke -15.
Menyambung perbualan, Ustaz Asri yang juga bapa kepada enam orang anak berkata, pemilihan Amy sangat bersesuaian kerana mereka tertarik dengan pengalaman yang telah dilalui oleh penyanyi rock tersebut ketika mengerjakan umrah lalu.
“Setelah membaca artikel Amy kami terpegun. Alhamdulillah beliau senang diajak berunding. Setelah berbincang dua, tiga kali terus menjadi projek ini,” kata Ustaz Asri yang berterima kasih kepada Amy dan Mawi kerana sudi menerima pelawaan Rabbani.
Bercerita lanjut mengenai kolaborasi dua genre muzik itu kata Ustaz Asri: “Pada mulanya memang susah untuk saya nyanyikan lagu tersebut. Sebab nadanya sangat tinggi sehingga saya minta susunan muziknya direndahkan sedikit. Itu pun masih tinggi. Tapi apa yang pasti saya mahu lagu tersebut mencerminkan identiti nasyid kami dan bukannya identiti rock.”
Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.
Bagaimanapun, Ustaz Asri mempunyai pandangan tersendiri berhubung dakwaan itu.
“Berdasarkan kajian yang kami buat, nasyid sebetulnya berasal dari negara Arab yang membawa maksud muzik itu sesuatu yang harus.
“Macam mana kita adunnya itu yang penting kerana ia akan menjadikan sesebuah muzik itu halal dan haram.
“Bagi saya apa yang penting ialah apa sahaja yang kita lakukan tidak terkeluar dari landasan dan mengekalkan identiti nasyid itu sendiri,” ujar Ustaz Asri menjelaskan salah faham sesetengah pihak terhadap perjuangan nasyid Rabbani.
Pada masa yang sama, Ustaz Asri tidak menafikan, mana-mana penyanyi mampu menyanyikan lagu-lagu nasyid.
“Tetapi perlu diingat lagu-lagu nasyid itu haruslah disampaikan sambil berdakwah, barulah keberkatan diperoleh oleh semua pihak,” katanya.
Mentari Merah Di Ufuk Timur
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali
Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi
Kekal selamanya
Cintaku dengan cahayamu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku
Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada…
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal…
Powered by Utusan Malaysia
Posted by gambarartiskita at 11:09 PM 0 comments
Labels: Malay Artist
Ryzal Mula Mengukir Nama
Posted by gambarartiskita at 10:21 PM 0 comments
Labels: Biography Artist, Malay Artist
Wednesday, March 19, 2008
Sunday, March 16, 2008
Senarai Penuh 14 Nama Pelajar Akademi Fantasia 6
Dari 25 calon pelajar, sebanyak 14 orang di antara mereka telah dipilih untuk menduduki kerusi pelajar dalam Akademi Fantasia musim baru. Dalam siaran Tirai Akademi Fantasia bahagian ketiga pada jam 8.30 malam tadi, Astro telah mengumumkan senarai nama calon yang berjaya. Mereka ialah:
1. Hairina Binti Abd Halim (RINA)
2. Siti Norsaida Binti Tarudin (SAIDA)
3. Stracie Angle Anam (STACY)
4. Nadia Haswani Binti Hasnan (NADIA)
5. Stanley Maringal David Impi (STANLY)
6. Ahmad Nubhan Bin Ahamad (NUBHAN)
7. Muhammad Faisal Bin Abdullah (FAISAL)
8. Lutfyah Binti Sheikh Omar (LUFYA)
9. Khairul Nizam Bin Baharom (TOI)
10. Marliyana Binti Omar Walid (YANA)
11. Mohammed Idris Bin Mohd. Zaizizi (RIZ)
12. Mohamad Aliff Bin Mohd Razali (ALIF)
13. Ika Nabila Binti Abdul Rahim (IKA)
14. Muhammad Shauqi Naaim Bin Salmi (NAIM)
Tahniah kepada semua pelajar! Mulai esok (Isnin hingga Jumaat), Diari Akademi Fantasia 6 akan disiarkan di Astro Ria jam 6 petang dan 9 malam setiap hari. Dihoskan oleh Sarimah Ibrahim. Kenali pelajar dengan lebih dekat dan yang penting esok akan diumumkan senarai lagu yang akan dinyanyikan untuk Konsert Pertama AF6 pada Sabtu ini.
Posted by gambarartiskita at 7:42 AM 0 comments
Labels: Akademi Fantasia
Saturday, March 15, 2008
Norjuma Habib to Paris
Currently Norjuma heading gracefully being in TV9 second season program, Busana.
Previously, Busana was hosted by Fifi Noor Hafiza in the first season. Busana is the program about local and international fashion show. It shows muslimah (muslim women) fashion from modern Arab, Turkey, France and other Middle East country.
Norjuma Habib is very delighted with Busana, she is very thankful to be brought to Paris recently. “While we are in Paris, it was very cold. I don’t have any choice but to bare the coldness during the shooting,”
Posted by gambarartiskita at 8:41 AM 0 comments
Labels: Norjuma
Tuesday, March 11, 2008
Perkahwinan Sederhana Mawi
BERBORAK sikit sudah mudah tersenyum. Usik sikit akan ketawa. Begitulah keadaan Mawi hari ini yang kelihatan semakin ceria.
Perubahan Mawi itu memperlihatkan dia bagaikan sedang membilang hari-hari bahagia.
Malah pemilik nama Asmawi Ani, 26, ini juga secara berterus terang mengakui hatinya sudah dimiliki seorang gadis yang bakal menjadi permaisurinya tidak lama lagi.
Siapakah gadis bertuah itu? Buat masa ini biarlah perkara itu menjadi rahsia kerana Mawi tidak mahu terlalu ghairah untuk mengumumkannya.
Tetapi apabila disebut satu nama ini, senyumannya bertambah lebar. Benarlah bak kata orang, kalau dilamun cinta, semuanya indah dan bahagia. Tahniah kepada gadis itu kerana dapat menjadi isteri kepada penyanyi lelaki nombor satu.
Detik-detik bahagia yang sedang dilalui Mawi pada hari ini turut memperlihatkan bahawa usahanya ke arah untuk membina sebuah mahligai bahagia sedang dilaksana.
‘‘Bila, masa dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Itu janji saya,’’ ujar Mawi.
Kata Mawi, dia bukan tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga pada ketika ini tetapi ada beberapa perkara dan komitmen lain yang perlu diselesaikan.
Tetapi yang paling penting calon pilihan yang berjaya mencuri hatinya itu telah berjaya mengetuk pintu jiwanya.
Ya, insan mana dalam dunia ini yang tidak mengimpikan sebuah perkahwinan. Mawi tentu juga berangan-angan untuk satu majlis seperti orang lain.
Walaupun boleh dikatakan Mawi antara artis yang mewah dengan limpahan kesenangan pada ketika ini, ujar Mawi, perkahwinan yang bakal dilangsungkan nanti mahu diadakan secara sederhana.
Bukan berkira tetapi tidak mahu menunjuk-nunjuk.
Katanya, cukup sahaja diadakan majlis akad nikah dengan majlis makan-makan yang serba ringkas.
‘‘Saya tak mahu buat majlis macam sesetengah artis lain seperti yang pernah mereka buat dalam dewan atau berkonsepkan taman.
‘‘Majlis perkahwinan yang akan saya adakan nanti cukuplah dibuat secara sederhana di kampung saya sendiri. Kalau ikutkan hati bersanding pun saya tak mahu,’’ ujar Mawi.
Saat ditanya mungkin jiwa dan perasaan pengantin perempuan yang tentunya mahu satu majlis penuh meriah ujar Mawi, dia akan cuba menasihati bakal isterinya itu supaya tidak keterlaluan.
Ini kerana sejak dahulu lagi Mawi lebih suka bersederhana dalam banyak perkara.
‘‘Pada saya, sah nikah dah cukup. Tak perlu nak buat majlis yang berlebihan,’’ tambahnya lagi.
Keterbukaan Mawi untuk membicarakan perkara itu menggambarkan cintanya dengan gadis tersebut semakin serius.
Cuma pinta Mawi, para peminat akan terus menyokong sekiranya dia membuat keputusan untuk mengakhiri zaman solonya itu. Mungkin tidak lama lagi. Siapa tahu?
Sentiasa sibuk
Baru menjejakkan kaki di Malaysia selepas mengadakan penggambaran Langkah Mawi di London, Rabu lalu dia bersama peminat berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat selama seminggu.
Pulang dari percutian itu, Mawi akan bersiap sedia untuk ke Dubai, Hong Kong, Jepun dan Australia untuk penggambaran program serupa.
Akui agak penat kerana tidak sempat berehat tetapi peluang berjalan ke negara luar memberi satu pengalaman baru buat Mawi.
Bukan senang katanya hendak berjalan ke negara orang kalau dia tidak menjadi Mawi hari ini. Sebab itulah Mawi mengambil peluang tersebut dengan sebaik mungkin sementara masih bujang.
Selain sesi penjelajahan itu, pada April ini tentunya Mawi akan sibuk menghiburkan para setiausaha.
Tahun ini Mawi mendapat jemputan anjuran pusat penginapan terkenal di ibu negara.
Bertemakan Go Green, Mawi akan bergandingan dengan Mila (Akademi Fantasia Kelima) di Palace of The Golden Horses pada 4 April akan datang.
Sementara itu berkonsepkan merah dan hitam, acara gilang-gemilang yang sama akan diadakan di Perdana Grand Ballroom Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur anjuran PNB Darby Park.
Majlis itu akan diadakan pada 8 April menggabungkan Mawi dengan AC Mizal manakala seminggu selepas itu AC Mizal akan bergandingan pula dengan Sheila Majid.
Seperti persembahan pada Minggu Setiausaha tahun lalu, Mawi akan turut menampilkan gimik silap mata yang lebih hebat daripada yang pernah disaksikan penonton sebelum ini.
Dan tentunya janji Mawi, dia akan membuatkan para setiausaha terus teruja menyaksikan persembahannya nanti.
Dengan pelbagai hadiah menarik termasuklah tiket penerbangan ke Paris, PNB Darby Park menyediakan 1,000 tempat duduk untuk setiausaha menyaksikan persembahan artis anjuran mereka.
Dengan harga antara RM300++ hingga RM400++ tentunya bayaran itu berbaloi dengan hidangan makanan tentunya lazat-lazat belaka.
Mereka yang berminat untuk menyaksikan Mawi, AC Mizal dan Sheila Majid anjuran PNB Darby Park bolehlah membuat tempahan dengan menghubungi bahagian pemasaran tempat penginapan itu di talian 03-74903333.
Posted by gambarartiskita at 5:14 AM 0 comments
Labels: Malay Artist
Sunday, March 9, 2008
Faizal Af4 kemalangan
Posted by gambarartiskita at 5:50 AM 0 comments
Labels: Hot News, Malay Artist
Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi
From: www.budiey.com
Uish, ramai sungguh yang asyik duk tanya Budiey pasal artis ni ada dalam senarai rekod mengundi ke tak. Kalau Budiey tahu nombor kad pengenalan artis tak pe la jugak. Benda-benda macam NO. IC ni manalah kita nak tanya bila jumpa artis. Itu tak penting dan artis pun takkanlah nak kasi tau nombor IC dia kalau tak bersebab.
Hari ni, 24 Februari 2008 adalah hari penamaan calon. Budiey ingat nak keluar jugak tengok event penamaan calon hari ni. Ambik gambar pun best gak, ek?
Bercakap pasal pilihanraya ni, ramai artis dimanupulasikan untuk keluar berkempen. Yelah, artiskan banyak pengaruh dalam masyarakat. Rata-rata selebriti Malaysia ni dah sah-sahlah sokong Pak Lah dan Barisan Nasional. Termasuk juga pelakon utama filem Anak, Erra Fazira
Seorang peminat setia Erra Fazira telah menghantar email kepada Budiey malam tadi, mengatakan Erra Fazira ni seorang pelakon dan penyanyi yang bagus sangat sebab tidak lupa menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Yela, artiskan selalu sibuk. Kekadang nak keluar mengundi memang liat.
Ingat lagi sebelum ini, Erra Fazira keluar mengundi dan siap beratur macam orang kebanyakan juga. Bukan itu sahaja, Erra Fazira juga adalah ahli dan penyokong UMNO yang sah. Tak caya tengok buktinya di bawah ini. Ada sesetengah selebriti yang katanya mahu terlibat dengan politik tetapi tidak mendaftar tu, camna? Sape nak jawab?
Apa yang kita harapkan, walau camna sibuk pun kita, semoga selebriti dan kita semua jalankan kewajiban untuk memangkah dan memilih calon yang dapat membawa kepada kemajuan dan kebaikan dunia dan akhirat. Insyaallah.
Posted by gambarartiskita at 5:24 AM 0 comments
Labels: Malay Artist
Monday, March 3, 2008
Perjalanan Seni Saiful Apek
MESKIPUN tidak dapat beraksi di peringkat akhir, Apek dapat menunjukkan bakatnya dalam Sinaran – Edisi Khas pada November 1994. Keunikan bakat dan kreativitinya menarik perhatian TV3 untuk mengadakan persembahan sketsa dan gimik pada Juara Lagu 1994.
PADA November 1995, Apek ditawarkan pekerjaan sebagai penolong pengarah dan juga pengurus produksi di Aznil Skrin & Screen Sdn Bhd. Antaranya hasil kerjanya ialah Kecilnya Dunia, Mr X, Si Lembik, Baby Boong, Janda Asmara, Al Kisah II dan Cuit Cuit.
BERMULA Januari 1997, Apek berpeluang menjadi hos bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dalam rancangan hiburan popular, Melodi. Dia juga dijemput sebagai tetamu undangan dalam sitkom, Senario. Bintangnya mula menyerlah apabila dia diterima menyertai Senario pada 1998.
SELEPAS dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular 2002, membuka peluang yang lebih cerah kepada Apek untuk beraksi dalam pelbagai filem dan telemovie (VCD) sebagai teraju utama, pelakon pembantu dan juga artis jemputan.
APEK juga mengorak langkah sebagai penerbit dan filem pertama yang diterbitkan ialah Biar Betul kerjasama bersama Nizarman (M) Sdn Bhd dan Ace Motion Pictures. Disusuli dengan filem seperti Lady Boss, Senario XX dan Anak Mami Kembali.
Posted by gambarartiskita at 9:52 PM 0 comments
Labels: Malay Artist
Saturday, March 1, 2008
Pop rock boleh bertudung
Fida mahu buktikan imej bertudung litup tidak halang berjaya sebagai penyanyi pelbagai rentakORANGNYA manis, sopan, merendah diri dan berwawasan. Sekalipun raut wajah dan tutur katanya 'dilabel' saling tidak tumpah seperti penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, itu bukan batu loncatan buat Rafidah Ibrahim, 22. Justeru, pasti ramai bertanya siapakah gadis ini?Masih ingatkah lagi pada program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pentene tahun lalu? Inilah juaranya. Namun, Rafidah kini menempa nama sebagai pengacara program kanak-kanak, Riwayat Kamil di Astro Oasis (saluran 106). Celoteh dan gaya berceritanya boleh disaksikan setiap Ahad, jam 9 pagi.Apapun, minat utama gadis comel ini tetap pada nyanyian. Biarpun bertudung, dia tidak sedikitpun gentar bersaing apatah lagi mudah patah semangat. Bagi si jelita yang mesra dengan sapaan Fida ini, apa yang penting ialah 'mencuba' lebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.Fida berkata, sekalipun minat pada nyanyian mendalam tidak bermakna dia menolak tawaran dalam bidang lain. Baginya, rezeki mana datang dulu, itulah diterimanya dan diberikan fokus.“Dalam soal ini, tentu sekali tawaran mengacara saya peroleh dulu. Tidak mengapalah kerana semua itu pengalaman. Pada saya, mengacara juga menyeronokkan seperti Riwayat Kamil. Dalam program ini, saya diberikan cerita tetapi gaya penyampaian keseluruhannya mengikut kreativiti sendiri.“Alhamdulillah, setakat ini kanak-kanak terbabit dalam Riwayat Kamil menyukainya. Namun, sebagai orang baru masih terlalu awal saya berasa berpuas hati. Malah, masih banyak lagi perlu diperbaiki untuk mencapai satu kejayaan. Apapun, saya tidak akan berhenti berusaha sebelum berjaya.“Begitu juga dengan nyanyian. Andai berjaya meraih peluang diidamkan ini, saya mahu tampil sebagai penyanyi wanita bertudung yang mengetengahkan konsep fusion muzik. “Saya tidak mahu label artis bertudung hanya tertumpu pada irama nasyid atau padang pasir semata-mata,” katanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, kalau diikutkan semua genre muzik sesuai dengan gaya bertudung tetapi soalnya bagaimana seseorang penyanyi itu membawakannya supaya masyarakat boleh terima.
“Apapun, tidak bermakna saya menolak irama nasyid atau padang pasir sepenuhnya. Saya sekadar mahukan kelainan. Bagi saya, muzik adalah universal dan tidak terikat dengan satu genre saja. “Sekiranya bergelar penyanyi nanti saya mahu album mempunyai lagu berirama balada, pop rock, R&B, soul dan jazz. Sebagai orang baru, biarlah saya tampil dengan pembaharuan.“Justeru, saya merancang untuk keluar dengan album mini tidak lama lagi. Paling lewat pun hujung tahun ini. Memandangkan segalanya membabitkan pembiayaan sendiri, saya perlu berhati-hati dan membuat banyak penyelidikan. Dalam soal ini, saya perlu peka pada muzik yang disukai pendengar.“Menghasilkan album walaupun mini, modalnya bukan kecil. Jadi, saya perlu bijak memberi fokus pada muzik yang betul-betul menjadi tarikan pendengar. “Selain itu, saya juga harus memastikan imej bersesuaian mengikut genre muzik diketengahkan. Pada saya, ini dua perkara yang perlu diambil kira.“Insya-Allah, jika tiada aral, lima lagu akan dimuatkan dalam album mini itu nanti. Setakat ini, saya sudah ada lagu hasil gubahan komposer baru, Shahzemir Shahzulkarib atau Mitho, 24, rakan saya ketika di Kolej ShahPutra, Kuantan dulu,” katanya.Dalam mengejar impian menjadi penyanyi terkenal, Fida tidak keberatan seandainya perlu berpakaian ranggi. Apa yang penting bagi Fida, gaya itu sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. “Masyarakat hari ini sudah berfikiran terbuka. Selagi masih menutup aurat dan sopan, mereka boleh menerimanya.“Lihat saja pada golongan profesional hari ini, mereka yang bertudung boleh bergaya dengan bebas. Namun, seluar atau pakaian ditampilkan perlulah longgar dan tidak menjolok mata. Saya yakin kalau kena gayanya, sebarang isu membabitkan pakaian tidak timbul.“Niat saya hanya satu, untuk jadi penyanyi. Tiada sekelumit pun dalam hati ini mahu berpakaian ranggi untuk tayangkan bentuk badan sendiri. Apa yang pasti, masyarakat perlu lihat dulu penampilan itu sebelum menilainya. Jauh di sudut hati, saya sedaya-upaya memastikan imej bertudung tidak tercemar,” katanya.Bekas pelajar jurusan perniagaan itu berkata, lagu sudah ada tetapi proses rakaman masih belum dibuat. Katanya, buat masa ini jadualnya padat dengan aktiviti pengacaraan dan peragaan. Malah, katanya, dia sedang mencari pihak pengurusan yang boleh mengendali dan mengetengahkan bakat seninya itu.“Sekarang semua urusan saya buat sendiri. Disebabkan itu, saya memerlukan masa yang panjang. Apapun, saya memang ingin tampil dengan 'single' pertama secepat mungkin. Menerusi cara ini, barulah orang mengenali saya. Paling menggembirakan lagi, saya sudah ada lagu sendiri.“Bila lagu itu diperdengarkan nanti automatik peminat tahu itu lagu saya. Dengan itu, saya yakin kerjaya nyanyian saya mampu berkembang dengan baik. Bagaimanapun, saya tidak gusar bermula dari bawah. Biarlah, saya meniti kejayaan dan dikenali secara berperingkat dan tidak mendadak sekali gus.“Kak Siti (panggilan Siti Nurhaliza) dulu pun saya lihat membina nama dari bawah. Sekarang, lihatlah dia sudah berjaya dan popularitinya tetap kukuh walaupun sudah bergelar isteri. Itu yang saya mahu untuk memperkenalkan nama 'Fida' dan tidak menumpang pengaruh sesiapa,” katanya.Biarpun dirinya sering dikaitkan ada persamaan dengan Siti Nurhaliza, gadis kecil molek ini tidak mudah melatah. Katanya, mereka dua individu yang berbeza. Seorang sudah berjaya manakala seorang lagi sedang giat berusaha. Jadi, katanya, biarlah ia dinilai melalui kelebihan masing-masing.Namun, Fida bertuah kerana keluarga memberi sokongan penuh pada pembabitannya dalam seni. Katanya, minat itu tidak dihalang apatah lagi mengenai konsep album yang menjadi pilihannya itu. Menerusi restu itu, dia nekad untuk hasilkan album mengikut apa yang diinginkan dirinya sendiri.
Posted by gambarartiskita at 2:58 AM 0 comments
Labels: Malay Artist