Perjalanan seni Apek:
PADA Jun 1994, ketika masih bekerja di Singapura, Apek mencuba nasib dengan menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan. Dia hanya berjaya mara hingga peringkat separuh akhir apabila tewas tipis di tangan Mazlan Pet Pet.
MESKIPUN tidak dapat beraksi di peringkat akhir, Apek dapat menunjukkan bakatnya dalam Sinaran – Edisi Khas pada November 1994. Keunikan bakat dan kreativitinya menarik perhatian TV3 untuk mengadakan persembahan sketsa dan gimik pada Juara Lagu 1994.
PADA November 1995, Apek ditawarkan pekerjaan sebagai penolong pengarah dan juga pengurus produksi di Aznil Skrin & Screen Sdn Bhd. Antaranya hasil kerjanya ialah Kecilnya Dunia, Mr X, Si Lembik, Baby Boong, Janda Asmara, Al Kisah II dan Cuit Cuit.
BERMULA Januari 1997, Apek berpeluang menjadi hos bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dalam rancangan hiburan popular, Melodi. Dia juga dijemput sebagai tetamu undangan dalam sitkom, Senario. Bintangnya mula menyerlah apabila dia diterima menyertai Senario pada 1998.
SELEPAS dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular 2002, membuka peluang yang lebih cerah kepada Apek untuk beraksi dalam pelbagai filem dan telemovie (VCD) sebagai teraju utama, pelakon pembantu dan juga artis jemputan.
APEK juga mengorak langkah sebagai penerbit dan filem pertama yang diterbitkan ialah Biar Betul kerjasama bersama Nizarman (M) Sdn Bhd dan Ace Motion Pictures. Disusuli dengan filem seperti Lady Boss, Senario XX dan Anak Mami Kembali.

0 comments:
Post a Comment