Saturday, October 25, 2008

Samad Lefthanded Meninggal

KUALA LUMPUR: Pemain gitar kumpulan rock terkenal Lefthanded, Abdul Samad Mian atau Samad Leftahnded, 45, meninggal dunia selepas terjatuh di pejabatnya di Ampang, di sini, tengah hari semalam.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumari, 41, ketika dihubungi berkata, arwah pengsan ketika di pejabatnya jam 12 tengah hari lalu diberi bantuan pernafasan oleh anak sulung mereka, Alif Ashraf Shafiq, 18.

"Arwah sekali lagi tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Hospital Ampang, tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan. Samad disahkan meninggal dunia oleh doktor pada jam 1.05 tengah hari.

"Pemergiannya mengejutkan kami kerana arwah tidak menghidap sebarang penyakit," kata Norliza.

Selain Alif Ashraf, Samad yang dilahirkan di Johor Bahru, Johor pada 26 September 1963 turut meninggalkan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Ayunda Syakim, 17; Alis Suhayana, 15; dan Ahmad Syafri, 6.

Arwah menceburi bidang seni bersama Lefthanded pada usia 20 tahun dan menghasilkan album seperti Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme & Ramli Sarip (1990) dan Nafas (1996).


"semoga Allah tempatkan beliau bersama-sama orang mukmim

Sumber Dipetik Dari : isuhangat.blogspot.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger