Alhamdulillah, pemimpin tinggi Fatah ,kiri, Ahmed Qureiad dan Moussa Abu Marzouk dari Hamas ketika berunding untuk bersatu di Cairo, Egypt, Feb. 26, 2009. (AP Photo/Amr Nabil)
Fatah dan Hamas ingin memecahkan kebuntuan pertelingkahan sesama mereka untuk kepentingan rakyat Palestin. Semoga penyatuan Hamas dan Fatah dapat menjadi kenyataan supaya rakyat Palestin bersatu dan sekaligus dapat menghalang Israel dari terus membunuh umat Islam yang tidak berdosa di Palestin.
Memang benar, hanya bersatu dapat mengalahkan kejahatan Israel. Jika rakyat Palestin sudah bersatu, Amerika Syarikat pun tidak boleh buat apa-apa.
Bagaimana dengan di Malaysia? Bila parti besar orang Melayu Islam iaitu PAS dan UMNO dapat bersatu demi agama,bangsa dan negara?
Sumber dipetik dari : http://isuhangat.blogspot.com
Saturday, February 28, 2009
Hamas dan Fatah bersatu
Posted by gambarartiskita at 7:57 AM 0 comments
Labels: Fatah, Hamas, Isu Global
Sebalik Perceraian Cham VE dan Gambar Cham & Seorang Wanita Tersebar di Internet
Selepas perceraian Nora Danish dan Beego, industri hiburan mungkin dikejutkan dengan satu lagi berita pergolakan rumah tangga artis. Secara diam dan tidak ramai yang tahu, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau panggilan manjanya Cham anggota kumpulan VE telah dikatakan bercerai 3 bulan lalu.
Dikatakan, punca hubungan rumah tangga Cham berkecai akibat kehadiran orang ketiga. Budiey mendapat tahu orang ketiga adalah seorang GRO. Ceritanya, apabila isteri Cham, Kiki Karmila mendapat tahu yang Cham ada hubungan dengan seorang GRO dan pernah melihat dan menangkap mereka sedang bersama. Ini berlaku ketika Kiki dalam pantang. Mmm… kesiannya…
“Hairan macam mana media dapat hidu cerita ini. Saya sedaya upaya merahsiakannya daripada tersebar. Bukan apa, bimbang ia diperbesar-besarkan dan ditokok tambah hingga mengeruhkan lagi keadaan. Ini adalah dugaan terbesar saya dan Kiki Karmila selepas lima tahun kami melayari rumah tangga. Saya tidak menyangka jadi begini kerana sebelum ini kami sangat bahagia. Bohong kalau saya cakap tak pernah bergaduh, sama seperti pasanganlain pasti ada pasang surutnya. Namun tidaklah sampai hubungan tercalar. Kami sudah lama kenal hati budi masing-masing.Sebelum berkahwin, kami bercinta enam tahun. Saya tidak faham mengapaselepas 11 tahun, tiba-tiba kami berdepan keadaan seperti ini. Walhalmasing-masing masih saling menyayangi,” katanya sebak.
Yang menjadi mangsa atas perpisahan adalah anak mereka, Citta Kaisara, 4, dan Citta Karamina, 2, dan Citta Kamilea, 3 bulan ini.
“Saya betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku. Saya menyalahkan dirisendiri dan lebih memedihkan, anak ketiga kami baru lahir pada 20 April lalu.
“Sepatutnya kehadiran Citta Kamilea disambut dengan penuh bahagia, tetapi tidak sangka begini pula jadinya. Apa pun, saya berjanji akan memberinya kasih sayang secukupnya seperti bapa lain. Dia dan dua kakaknya darah daging saya, cinta hati saya. Saya dan Kiki kini berusaha mencari penyelesaian terbaik. Saya sangat menyayanginya dan anak.
“Saya tidak henti-henti berdoa masalah ini selesai secepat mungkin dan kami dapat bersama semula seperti dulu. Insya-Allah. Ini saja yang dapat saya kongsi, selebihnya terlalu peribadi untuk diceritakan. Mohon saya jangan buat spekulasi bukan-bukan, biar kami selesaikannya,” katanya yang mengharapkan pengertian ramai. - dipetik dari Harian Metro
Sumber dipetik dari : http://www.budiey.com
Posted by gambarartiskita at 7:46 AM 0 comments
Labels: Cham VE
Thursday, February 26, 2009
Dengarnya...: Rozita setuju kembali jadi 'janda'
HAI pening kepala Cik Normah dengan pelakon jelita berasal dari Alor Setar, Kedah ini. Kawan Cik Normah pun hanya mampu tersenyum apabila mendapat tahu yang Rozita Che Wan akhirnya memberitahu dia akan kembali berlakon drama Tiga Janda arahan Metrowealth.
Sebelum ini, Rozita cakap kat kawan Cik Normah yang dia terpaksa menolak tawaran drama itu atas beberapa sebab. Alih-alih setuju pula nak pegang watak janda dalam drama itu.
Cik Normah diberitahu pelakon Lisa Surihani pun dijangka memegang watak janda. Yang menjadi pertanyaan ialah siapa pula pelakon yang bakal memenuhi kuota untuk jadi janda yang ketiga. Drama Tiga Janda itu dijangka disiarkan di Astro. Cik Normah tak pasti sama ada Astro Ria atau Astro Prima. Mungkin Cik Normah kena tanya pemilik syarikat Metrowealth, David Teo mengenai hal ini.
Sumber dipetik dari : http://www.bharian.com.my
Posted by gambarartiskita at 8:38 PM 0 comments
Labels: Rozita
Gambar Nurul Syuhada Pergi ke Gaza
Posted by gambarartiskita at 5:13 PM 0 comments
Labels: Nurul Syuhada
Gambar Bogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan
Selepas isu hangat skandal seks Soi Lek tahun lepas, tahun ini dunia politik bergegar lagi dengan isu gambar bogel ADUN PKR , Bukit Lanjan, Selangor iaitu Elizabeth Wong.Melalui berita TV gambar bogel Elizabeth Wong mula tersebar melalui MMS . Tentu ramai yang minta tolong pak cik google untuk mencari "gambar bogel Elizabeth Wong" ni.
“Saya mangsa dalam kejadian ini.” Demikian kenyataan Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS.
Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.
Kata beliau, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan merupakan “serangan dengki” ke atas personaliti beliau.
“Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang sedang mencuba untuk menyebarkan foto atau video yang menunjukkan saya sedang tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam keadaan intim.
“Penyebaran dan penerbitan foto-foto atau video sedemikian merupakan serangan bersifat jahat ke atas personaliti saya.
“Saya adalah mangsa dalam kejadian ini,” kata wakil rakyat berusia 37 itu, yang masih belum berumah tangga dalam kenyataan berkenaan.
Kata Elizabeth, semalam beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Inilah kecanggihan teknologi yang banyak kebaikan dan juga keburukannya. Sekarang ini dengan handphone berkamera, kamera digital,video cam senang nak kenakan orang. Dulu kecoh dengan gambar pelajar yang membuat aksi seks melalui handphone kamera. Sekarang Elizabeth Wong yang sudah agak berumur pun menjadi mangsa.
Posted by gambarartiskita at 5:08 PM 0 comments
Labels: Elizabeth Wong
Gambar Zul Huzaimy Bahagia Dengan Isteri Dan Anak
Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 5:01 PM 0 comments
Labels: Zul Huzaimy
Tuesday, February 24, 2009
Sesak 8 Jam di atas Jambatan Pulau Pinang
Ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama lebih lapan jam di Jambatan Pulau Pinang pagi semalam apabila sebuah kren yang digunakan untuk kerja pelebaran jambatan terbalik.
Dalam kejadian pukul 3.15 pagi, kren tersebut terbalik di Kilometer 3.6, Jambatan Pulau Pinang di laluan dari bahagian pulau menghala ke tanah besar.
Ia menyebabkan satu daripada dua lorong di jambatan berkenaan terhalang menyebabkan kesesakan teruk di semua laluan masuk ke jambatan dari Lebuh Raya Jelutong, Gelugor dan Bayan Lepas.
Ekoran itu, dua buah kren lain dihantar untuk bantuan tetapi satu daripadanya rosak menyebabkan keadaan kesesakan bertambah buruk.
Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) berkata, kren yang terbalik itu dapat dialihkan pukul 11 pagi dan kesesakan di jambatan itu hanya pulih menjelang tengah hari.
Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 3:15 PM 0 comments
Labels: Kemalangan Ngeri
Monday, February 23, 2009
Asal Kejadian NERAKA
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
Sumber gambar : http://www.fiq-life.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 9:44 PM 0 comments
Labels: Gambaran Neraka, Islam
Jaga 7 Sunnah Rasulullah S.A.W
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam...
Sumber dipetik dari : http://isuhangat.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 9:43 PM 0 comments
Labels: Islam
Pringles beracun..?
The chemical used in Pringles is also used in hair-perm chemical, a very harmful chemical even on a very insignificant quantity (will cause kidney cancer), adult shouldn’t consume more than 0.01g per day while children not more than 0.003g!
Product called back from all HK markets & banned in USA !! It contains cancer causing ingredient for those who don’t read Chinese!
Sumber dipetik dari : http://isuhangat.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 9:40 PM 0 comments
Labels: Berita Semasa
Sunday, February 22, 2009
Jersi Baru Bola Sepak Malaysia - Ada Lambang Salib?
Posted by gambarartiskita at 11:20 PM 0 comments
Labels: Bola Malaysia
gambar siti nurhaliza semasa Allahyarham Tarudin Ismail meninggal dunia
Gambar Dato Siti Nurhaliza bacaan tahlil di rumah nya. Sedekah Al-Fatihah kepada ROH Allahyarham Tarudin Ismail semoga di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.
Sumber gambar : http://www.fiq-life.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 11:17 PM 0 comments
Labels: Siti Nurhaliza
Tini HOT FM dan Sol kini sah bergelar suami isteri
Dengan dua kali lafaz, Sol yang dinikahkan oleh bapa Tini sendiri, Datuk Kamalul Ariffin, sah bergelar suami kepada Tini yang mula dikenalinya sejak penyampai radio berusia 31 tahun ini mula bertugas di Hot FM pada awal tahun 2006. Sol juga berkhidmat di tempat yang sama sebagai Pengurus Acara Hot FM.
Pada majlis yang serba ringkas itu, Tini menerima mas kahwin RM80, wang hantaran sebanyak RM10,000 serta 11 dulang hantaran daripada pihak lelaki termasuklah sebentuk cincin, sejadah, telekung, jam tangan dan pewangi.
Pihak pengantin perempuan pula membalas sebanyak 13 dulang hantaran antaranya senaskhah Al-Quran, kasut, kek, pewangi, coklat dan kemeja.
Majlis bersejarah pasangan mempelai itu telah dihadiri oleh kira-kira 100 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak.
Sebaik dinikahkah kira-kira pada pukul 10.40 pagi, pasangan tersebut terus mengadakan majlis persandingan di tempat yang sama sekitar jam 1 tengah hari.
Majlis persandingan mereka yang dihadiri sekitar 1,000 tetamu itu berlangsung dalam konsep tradisional dengan mengenengahkan tema warna merah hati dan krim. Pasangan tersebut menggayakan busana rekaan Lubis House untuk kedua-dua acara itu.
Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com/
Posted by gambarartiskita at 11:11 PM 0 comments
Labels: Tini Hot FM
Saturday, February 21, 2009
Ekin Sudah Loya & Mual, Hamil Mungkin?
Khabarnya ketika berada di sana, Ekin merasa mual dan loya tekak. Kenapa agaknya? Apakah itu tanda-tanda buah cinta pertama mereka sudah terhasil?
Sebenarnya pemilik nama sebenar Nora’asikin Rahmat merasa mual apabila penduduk di sana menjadikan hidangan khinzir sebagai makanan harian mereka.
“Saya rasa loya tekak apabila melihat penduduk di sana makan daging khinzir pada waktu pagi, petang dan malam.
“Disebabkan susah hendak mencari makanan yang halal, kami terpaksa meredah ke sana ke mari untuk mencari kedai makanan yang halal.
“Sudahlah sejuk dan terpaksa memakai baju sebanyak tiga lapis, maka sudah tentulah perut akan terasa lapar setiap waktu.
“Saya turut mengalami masalah selesema semasa berada di sana. Namun, saya tetap gembira kerana berpeluang bercuti dan berbulan madu di Korea,” akui Ekin.
Mengakui kenyataan Ekin itu, lantas membuatkan Mawi timbul dengan idea untuk membuka sebuah restoran di sana.
Beritahu Mawi, dia dan Ekin menghadapi kesukaran untuk mengisi perut yang lapar, apatah lagi cuaca sejuk sedang melatari negara romantis itu.
“Pernah jugalah saya terfikir untuk mengusahakan restoran masakan Melayu di sana, disebabkan saya sendiri berdepan dengan pengalaman sukar untuk mencari makanan yang halal.
“Saya juga ada menyuarakan idea ini kepada salah seorang wakil Tourism Malaysia.
“Saya agak terkejut jugalah kerana diberitahu oleh Tourism Malaysia bahawa tahun lepas sahaja, seramai 80,000 rakyat Malaysia bercuti ke Korea.
“Mungkin kedatangan rakyat kita ke negara itu akan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa,” jelasnya.
Sumber dipetik dari : http://www.hafreze.com/
Posted by gambarartiskita at 9:48 AM 0 comments
Polis Wanita Di Iran
Sumber gambar : http://untuk-sesama-insan.blogspot.com
Posted by gambarartiskita at 8:34 AM 0 comments
Labels: Iran, Polis Iran, Polis Wanita
Pokemon hidup Siapa Nak Satu ??
Comelnya Pokemon ni, cute betul pokemon real ni.. kalau aku dapat ni letak kat keychain elok jugak tu, ho ho...
Posted by gambarartiskita at 4:00 AM 0 comments
Labels: Pokemon
Friday, February 20, 2009
Roslin Hashim Kahwin 12 Hari, Bercerai Talak Satu
Inai masih merah di tiga jari kiri, namun takdir menentukan jodoh jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 34, dengan Faizah Mohamad, 32, tidak panjang.
Pasangan pengantin baru itu yang bernikah pada 30 Januari lalu cuma sempat melayari bahtera rumah tangga selama 12 hari apabila mereka bercerai pada 11 Februari lalu.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah yang dirasai Roslin kerana perceraian itu terjadi ketika dia sedang bersiap-siap menghadapi kejohanan badminton Terbuka India pada bulan depan, apatah lagi kedua-duanya belum sempat menikmati detik manis berbulan madu.
Ketika ditemui, Roslin berkata dia melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, sekitar jam 10.50 malam di hadapan mereka.
“Tiada sesiapa memaksa saya melafazkan cerai. Cuma sebelum lafaz itu keluar dari mulut saya, ayah mentua minta saya fikir dulu kerana mereka tidak nampak kami bersengketa, tapi saya yang hidup bersama anaknya lebih memahami mengapa saya membuat keputusan itu.
“Saya hanya melafazkan talak satu kepada dia. Sejak berpisah saya tidak berjumpa lagi dengan dia. Saya pun sudah kembali hidup di rumah bujang saya sebelum ini di Wangsa Maju,” katanya.
Agak berat untuk Roslin menceritakan mengapa perceraian itu terjadi kerana ia terlalu peribadi. Cuma apa yang boleh dikata selepas tiga hari menjadi suami, dia mulai berasa tiada keserasian.
“Selepas tiga hari, saya mula terfikir ke arah mana rumah tangga saya ini. Sebabnya, saya terasa seperti tidak dilayan seperti suami, tiada hormat pada saya tetapi saya masih beri dia peluang.
“Selepas seminggu melihat keadaan tidak berubah, saya sedar rumah tangga saya tidak boleh diselamatkan lagi,” kata Roslin yang merancang berbulan madu bersama isteri di Perth, Australia.
Roslin dan Faizah mengikat tali pertunangan pada 1 November lalu dan jika mengikut perancangan, pasangan itu sepatutnya berkahwin pada 25 Disember tahun lalu. Bagaimanapun, ia terpaksa ditunda kepada 1 Februari kerana Roslin perlu bersiap menghadapi Terbuka Malaysia dan Korea 2009.
Majlis persandingan di rumah pihak perempuan diadakan pada 1 Februari lalu, manakala bertandang di rumah keluarga lelaki di Kampung Sirih, Kota Bahru, Kelantan, pada 8 Februari iaitu tiga hari sebelum Roslin dan Faizah berpisah. Hantaran untuk Faizah RM15,000.
Sebagai memenuhi tanggungjawab sebagai suami, kata Roslin, dia sudah pun membeli sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, dan projek itu dijangka siap pada pertengahan tahun ini.
“Saya membeli rumah itu pun kerana mahu berdekatan dengan kediaman mentua. Lagipun ia tidak jauh dengan tempat latihan badminton saya di Bukit Jalil. Memanglah tidak sabar untuk saya menghuni rumah itu bersama seorang isteri, tetapi lain pula yang terjadi,” katanya.
Bagi Roslin, kenyataan dibuat tidak bermaksud untuk memalukan sesiapa, apatah lagi keluarga bekas isterinya itu, namun sebaliknya dia rasa begitu tertekan dengan dilema dihadapi kerana masih ramai terutama peminat badminton serta rakan taulan mengucapkan selamat pengantin baru padanya.
“Kebelakangan ini ke mana-mana saya pergi, ramai yang ucap selamat pengantin baru pada saya. Saya hanya mampu tersenyum dan membalas terima kasih di atas ucapan itu. Hakikat di sebaliknya, ramai yang tidak tahu saya sudah bercerai dan hanya menjadi suami tidak sampai pun dua minggu.
“Saya harap dengan kenyataan ini, masyarakat memahami situasi yang saya hadapi. Tiada orang berkahwin untuk bercerai, tetapi sebagai insan kita tidak dapat menolak qada dan qadar Allah.
“Ujian ini sudah tertulis untuk saya menghadapinya, bagaimana untuk saya mengelak,” katanya.
Roslin yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan, menjadikan keluarga Jailani Sidek sebagai keluarga angkatnya. Selepas melafazkan cerai, dia terus menghubungi Jalani memberitahu apa yang terjadi.
“Saya buntu sangat selepas apa yang terjadi pada diri saya. Syukurlah Jalani dan abangnya, Datuk Misbun Sidek menghormati keputusan saya dan minta saya bertenang,” katanya.
Sementara itu isteri Jalani, Raja Azmi Raja Sulaiman turut bersedih terhadap apa yang terjadi kepada Roslin. Tekanannya juga dirasai kerana selain menjadi perancang perkahwinan, dialah yang menjadi orang tengah menemukan Roslin dengan Faizah hingga kedua-duanya bersedia untuk berkahwin.
“Dua tiga hari ini fikiran saya turut terganggu kerana ada pihak menuduh saya tersalah mencari jodoh buat Roslin. Soal jodoh, kita cuma mengaturkan kerana mana kita tahu kaca dan permata.
“Sudah tersurat jodoh Roslin pendek, kita terima saja apa yang ditentukan Ilahi,” katanya.
Di sebaliknya, Roslin belum pasti bilakah dia dan pasangannya akan ke mahkamah kerana esok baru dia akan berjumpa peguam bagi memaklumkan perceraian itu.
Sumber dipetik dari : http://www.hafreze.com
Posted by gambarartiskita at 5:17 AM 0 comments
Labels: Faizah Mohamad, Roslin Hashim
Tuesday, February 17, 2009
Bapa Dato’ Siti Nurhaliza Meninggal Dunia
Ayah kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Allahyarham Tarudin Ismail, 67 meninggal dunia hari ini kira-kira pukul 11.50 pagi tadi.
Allahyarham Taruddin meninggal dunia akibat serangan jantung.
Beliau yang dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri sejak tiga hari lalu turut menghidapi penyakit buah pinggang dan kencing manis.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik dan tujuh orang anak.
Menurut kakak ipar Siti, Rozi Abdul Razak, kematian Tarudin disebabkan oleh kompilasi jantung setelah menjalani pembedahan by-pass.
Tambah Rozi, sebelum memasuki bilik pembedahan, arwah sempat menitipkan kata-kata terakhir buat anak dan isterinya.
"Tiga hari lepas sebelum masuk bilik pembedahan Siti sudah menangis, namun arwah memujuk Siti supaya jangan menangis sebab katanya 'abah bukan nak mati lagi'.
"Selepas itu arwah pegang pula tangan isterinya dan kata 'lepas ini mak dah tak ada kawan'," kata Rozi.
Malah jelasnya arwah Tarudin sempat bergurau dengan suaminya, Saiful Bahari atau lebih dikenali sebagai Ayie.
"Arwah cakap pada suami saya, 'abang Ayie, nanti abang dah tak ada kawan untuk pergi memancing' sebab mereka selalu pergi memancing berdua," katanya.
Rozi berkata bagaimanapun semasa arwah dibawa masuk ke bilik pembedahan, semua ahli keluarga sudah redha dengan apa yang akan berlaku.
"Doktor juga dah minta kami supaya bersedia jika apa-apa berlaku.
"Jadi sewaktu arwah meninggal, isteri dan semua anak-anak ada bersama dengannya," kata Rozi lagi.
Ditanya tentang keadaan Siti ketika ini, Rozi berkata adik iparnya itu sememangnya cukup sedih dengan pemergian ayah tercinta.
"Dari pagi tadi dia memang gagal menahan emosi apatah lagi Siti memang rapat dengan arwah.
"Tapi ketika ini Siti tetap bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain untuk bantu uruskan jenazah," kata Rozi.
Rozi berkata jenazah akan disembahyangkan di rumah suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.
Jenazah dikebumikan di Kuala Lipis. Sumber dipetik dari :http://www.budiey.com
Posted by gambarartiskita at 3:19 PM 0 comments
Labels: Siti Nurhaliza
Ibu Hamil 3 Bulan Nyanyi Lagu Ziana Zain High Pitch
Posted by gambarartiskita at 3:16 PM 0 comments
Labels: Ziana Zain
Saturday, February 14, 2009
Gambar Majlis Akad Nikah Wedding Que Haidar dan Linda Jasmine
Tahniah dan selamat pengantin baru buat pelakon filem Maut, Que Haidar dan guru tari Linda Jasmine kerana selamat diijabkabulkan semalam di Bora Ombak pada jam 5.45 petang.
Berlangsung serba ringkas tanpa hantaran seperti kebanyakan pasangan pengantin. Hari kekasih semestinya amat bermakna buat mana-mana pasangan bercinta terutamanya bagi pasangan pengantin baru Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar atau Que Haidar, 30 dan Linda Jasmine Hashim, 37 yang diijabkabulkan semalam.
Dengan dua kali lafaz Que telah sah dinikahkan dengan linda oleh jurunikah masjid Kampung Melayu Ampang, Abu Sapian Jasin berwalikan bapa Linda, Datuk Murad Hashim di Bora Ombak di sini kira-kira pukul 5.45 petang semalam.
“Saya gembira dan akan berusaha membahagiakan isteri sehingga ke akhir hayat. Alhamdulillah walaupun agak gementar ketika akad nikah, semua perancangan berjalan lancar,” katanya.
Que memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.
Sementara linda cantik seperti ‘ratu’ dalam busana putih rekaan Datin Sharifah Kirana membalas dengan sebentuk cincin. Que juga segak berbaju Melayu bewarna sedondon dengan pengantin perempuan yang direka oleh pereka yang sama.
Antara mereka yang hadir adalah ibu bapa Linda, Datuk Murad Hashim dan Datin Kay Hashim, ibu Que, Rahmah Hussein, Ketua Biro (Utara) Star Publications (M) Bhd yang juga bapa saudara Linda, Datuk Seri Kamal Hashim, sepupu Linda merangkap perunding perkahwinan, penyanyi Jeslina Hashim, rakan artis seperti pelakon Awal Ashaari dan Shasha Bashir.
Pada malam disusuli majlis persandingan ala Bali, juga di lokasi sama dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat pasangan pengantin baru itu, termasuk beberapa rakan artis. Majlis menyambut menantu di pihak lelaki pula berlangsung di Dewan Orang Ramai Felda Taib Andak, Kulai 15 Mac ini. Sementara itu, Linda berterima kasih kepada rakan terutama pereka fesyen dan perancangan perkahwinan kerana menjayakan majlis impiannya.
QUE dinikahkan oleh jurunikah Abu Sapian Jasin di Bora Ombak, Ampang.
Mungkin Que berdebar-debar atau neves, dengan dua kali lafaz, Que-Linda sah bergelar suami isteri.
QUE memberikan hantaran berupa mas kahwin sebanyak RM1101, sebentuk cincin dan senaskah al-Quran kepada Linda.
Sumber dipetik dari :http://www.budiey.com/
Posted by gambarartiskita at 9:37 PM 1 comments
Labels: Artis Kawin, Linda Jasmine Hashim, Que Haidar
Bayi Lahir Jantung Di Perut
BEIJING - Seorang bayi ajaib yang mengejutkan para doktor selepas dilahirkan dengan jantung di perutnya kini selamat dalam jagaan ibu bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini doktor-doktor berkata, bayi lelaki itu akan hidup kurang seminggu selepas dia dilahirkan di timur China dengan jantung berada di bawah kulit perutnya.
Bapa bayi yang merupakan doktor pelatih berusia 36 tahun, Lee Chen berkata, bayi itu ialah salah seorang pasangan kembar lelaki tetapi abangnya lahir tanpa sebarang komplikasi.
"Kami bergilir-gilir memegangnya sewaktu dia tidur untuk mengelakkannya meniarap sekali gus menyebabkan denyutan jantungnya terhenti.
"Dia memerlukan pembedahan tetapi keluarga kami miskin dan kami berharap orang ramai sudi membantu kami," kata Chen.
Dia kini sedang berusaha mengumpul dana berjumlah £30,000 (RM158,742) untuk kos pembedahan memindahkan jantung anaknya ke bahagian dada seperti bayi normal. - Agensi
Posted by gambarartiskita at 6:32 AM 0 comments
Labels: Berita Semasa
Wednesday, February 11, 2009
Transformasi Akademi Fantasia
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my
BARISAN tenaga pengajar dan pengacara Akademi Fantasia musim ketujuh. |
Astro yakin format baru, pengajar berpengalaman semarakkan musim ketujuh
MAMPUKAH Akademi Fantasia ke-7 (AF7) mengembalikan detik kegemilangan yang pernah dicatat satu ketika dulu sehingga membangkitkan fenomena dan gelombang tersendiri apabila ia menemui penonton bulan depan?
Kegemilangan AF musim pertama hingga ketiga masih diingati peminat setia program itu, tetapi ‘demam’ AF mula berkurangan sejak musim keempat menyingkap tirainya malah ia berlarutan sehingga AF6, bagaimanapun Astro tetap menegaskan jumlah penontonnya meningkat saban tahun.
Selain jumlah penonton yang menjadi pertikaian, arah tuju pelajarnya sebaik tamat program itu juga sering kali menjadi persoalan, namun Astro tetap tegar menerbitkan program itu saban tahun walaupun ramai mempertikaikan perlunya program itu untuk diteruskan.
Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul ketika sidang media mengumumkan tenaga pengajar dan pengarah muzik AF7 baru-baru ini, yakin pembaharuan format yang kerap serta dengan menyandarkan tenaga pengajar berpengalaman akan menjadikan AF musim ini lebih baik, hebat dan bertenaga.
Slogan Satu Transformasi Akan Berlaku adalah penanda aras satu transformasi besar bakal berlaku bukan saja kepada program, malah Khairul Mizan juga yakin musim ini akan membawa perubahan kepada pelajarnya. Beliau juga berkata, beberapa perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini terhadap bekas pelajar AF tidak akan berlaku kepada bakal pelajar musim ini dengan transformasi besar yang mereka lakukan.
Berita penuh : http://www.bharian.com.my
Posted by gambarartiskita at 9:06 PM 0 comments
Labels: Akademi Fantasia
Tuesday, February 10, 2009
Match Report: Werder Bremen 1 - 1 AC Milan
Werder Bremen 1 - 1 AC Milan
UEFA Cup (Round of 32 - 1st Leg)
Werder Bremen: Wiese, Fritz (Harnik 74), Mertesacker, Naldo , Boesnisch, Tziolis, Baumann (Jensen 62), Diego , Ozil, Pizarro, Almeida
Subs not used: Vander, Pasanen, Prodl, Niemeyer, Rosenberg,
Booked: Naldo, Diego,
Goals: Diego 84
AC Milan: Dida, Bonera, Senderos, Favalli , Zambrotta, Flamini , Pirlo, Ambrosini , Seedorf (Jankulovski 86), Ronaldinho (Beckham 89), Inzaghi
Subs not used: Abbiati, Maldini, Kaladze, Darmian, Antonini
Booked: Ambrosini, Flamini, Favalli
Goals: Inzaghi 36
Attendance: 36,151
Referee: Michael Dean (ENG)
Posted by gambarartiskita at 6:29 PM 0 comments
Labels: AC Milan, David Teo, Hollywood Celebrity