BEIJING - Seorang bayi ajaib yang mengejutkan para doktor selepas dilahirkan dengan jantung di perutnya kini selamat dalam jagaan ibu bapanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini doktor-doktor berkata, bayi lelaki itu akan hidup kurang seminggu selepas dia dilahirkan di timur China dengan jantung berada di bawah kulit perutnya.
Bapa bayi yang merupakan doktor pelatih berusia 36 tahun, Lee Chen berkata, bayi itu ialah salah seorang pasangan kembar lelaki tetapi abangnya lahir tanpa sebarang komplikasi.
"Kami bergilir-gilir memegangnya sewaktu dia tidur untuk mengelakkannya meniarap sekali gus menyebabkan denyutan jantungnya terhenti.
"Dia memerlukan pembedahan tetapi keluarga kami miskin dan kami berharap orang ramai sudi membantu kami," kata Chen.
Dia kini sedang berusaha mengumpul dana berjumlah £30,000 (RM158,742) untuk kos pembedahan memindahkan jantung anaknya ke bahagian dada seperti bayi normal. - Agensi
0 comments:
Post a Comment