Tuesday, August 12, 2008

Cham VE ceraikan isteri talak 3

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

PETALING JAYA - Salah seorang anggota kumpulan VE memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam bahawa talak tiga yang dijatuhkan terhadap isterinya adalah disebabkan paksaan wanita itu yang mengaitkannya dengan kehadiran orang ketiga.

Charm atau nama sebenarnya Charma Adizalilullah Abdul Khalil, 30, (gambar) berkata demikian semasa perbicaraan singkat di hadapan Hakim Syarie Jamil Ahmad yang mendengar permohonan pengesahan lafaz cerai luar mahkamah artis tersebut terhadap isterinya, Karmila Khalid, 31.

Dia yang popular dengan lagu Pop Yeh Yeh itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 1 pagi, 5 Jun lalu, di kediaman mereka di Seksyen 13, Shah Alam di sini dengan lafaz berbunyi," Aku ceraikan kau dengan talak tiga!"

Sementara itu, Karmila ketika ditanya apa yang menyebabkan berlakunya lafaz tersebut mendakwa, mereka bergaduh sebelum itu dan dia mengaku telah memaksa suaminya untuk menceraikan dia.

"Saya kata, kalau nak sangat perempuan itu, ceraikan saya!" jelasnya tenang.

Karmila juga mendakwa, ketika diceraikan, dia baru habis menjalani tempoh pantang anak ketiga mereka selama 45 hari

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger