Sunday, November 23, 2008

Kenali pengarah filem Budak Kelantan

Siapa Wan Azli Wan Jusoh? Sebuah nama yang tiba-tiba menjadi sebutan dan mendapat pujian ramai pengkritik filem yang menonton filem sulungnya Budak Kelantan yang kini sedang mendapat sambutan hangat di pawagam.

Sekarang zaman orang cari sesuatu yang baru. Awal tahun ini industri muzik digegarkan dengan kemunculan banyak kumpulan muzik indie yang menghasilkan muzik mengikut naluri hati dan ia mudah menyerap ke jiwa pendengar.

Apabila ada orang baru yang mengarah filem yang tidak mengikut resipi sedia ada, maka ia juga boleh diterima. Wan Azli mengakui dia mengarahkan filem Budak Kelantan hanya mengikut naluri hatinya dan mencurahkan apa yang ingin disampaikannya.

Dia mengambil kejadian benar yanag berlaku di sekeliling dan berlaku kepada kelanannya sendiri untuk menggerakkan cerita Jaha yang sangat jahat lakunya dalam filem Budak Kelantan.

Wan Azli Wan Jusoh, nama baru yang jadi perhatian.

Wan Azli, 33, seorang pemuda biasa yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Dia dapat tawaran ke sekolah asrama penuh tetapi tidak meneruskannya. Dia terpaksa pindah ke sekolah biasa di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, Kelantan kerana menghidap sakit jantung pada masa itu.

Keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia membolehkan dia menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerana mahu memenuhi kehendak orang tua, Wan Azli sedia belajar jurusan kejuruteraan walaupun hatinya berkata tidak.

Nak tahu apa yang dilakukan di UTM? Wan Azli turut aktif dalam teater di universiti itu. Beliau tidak sempat menyudahkan pengajian dan menyambung pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Di sana Wan Azli melakukan apa yang hatinya berkata ya.

Apabila belajar ilmu teater beliau rasa seronok. Selepas tamat dia menyambung pula ke Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Seni Layar. Selepas tamat belajar beliau diberi peluang mengarahkan sebuah telemovie dan seterusnya mengarah filem Budak Kelantan yang kini menjadi sebutan.

"Kalau nak tonton filem saya pilih pengarahnya, saya suka Tarantino, Kurusowa, Del Torro dan ramai lagi. Saya juga suka filem, Hollywood, tapi tengok filem yang bagaimanalah.

"Saya lebih cenderung dengen filem dari Eropah, filem Perancis antara yang saya paling suka tonton," sambungnya.

Sumber Dipetik Dari : www.manggaonline.com.my

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger