Mawi tolak adegan panas!
Oleh : http://www.mesra.net/forum/
Sejak Mawi mengumumkan dia akan menerima tawaran berlakon sebagai hero filem Aduh Saliha pada bulan Ramadhan yang lalu, ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan baru filem tersebut."Semuanya masih lagi dalam perancangan tetapi saya sudahpun memulakan kelas lakonan bersama-sama Cikgu Marlia Musa," ujar penyanyi yang berusia 25 tahun ini ketika ditemui di Jakarta sempena persembahan pada Malam Gala Titian Budaya Malaysia dan anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan baru-baru ini."Kami masih meneliti pengolahan skrip dan memastikan bahawa tiada adegan peluk ataupun aksi panas yang akan diselitkan. Adegan bersentuhan seperti berpegang tangan tidak merupakan satu masalah untuk saya tetapi saya harap kali ini tidak ada pihak yang salah anggap terhadap kenyataan saya," tegasnya lagi."Seronok berlakon saya memang menyukainya," ujar Mawi lagi yang jelas menunjukkan perasaan teruja dengan bidang lakonan."Ianya amat berbeza dengan nyanyian. Ia menguji saya daripada segi mental serta emosi. Malah, saya belajar untuk menunjukkan pelbagai emosi dengan penggunaan mimik muka. Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlakon saya harus membuat persediaan yang rapi," ujar Mawi mengenai kelas yang diikutinya kira-kira sebulan yang lalu.Ketiak ditanya siapa yang bakal menjadi pasangannya dalam filem ini, Mawi hanya tersenyum tetapi tidak dapat membayangkan seiapa lagi."Mungkin itu rahsia penerbit dan pengarah...," ujarnya lagi.Adakah ini bermakna Mawi bakal mengikuti jejak langkah penyanyi Awie dan Yusry KRU, Mawi berkata ianya terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan."Biarlah saya berlakon filem ini dahulu dan kemudian membuat keputusan berdasarkan persembahan saya nanti."Saya dan Ekin 'Hanya Kawan'Jika beberapa bulan yang lalu, Mawi mencetuskan kontroversi mengenai penafian perkenalan bersama pelakon drama Ekin, kini Mawi agak terbuka untuk membicarakan isu tersebut."Saya tidak menafikan bahawa itu adalah salah saya. Saya tidak sepatutnya menafikan begitu sahaja. Pada waktu itu, saya berfikiran jika saya menafikannya, gosip itu akan dihentikan," jelasnya lagi mengenai penafian yang dilakukannya sehingga salah sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambarnya bersama Ekin ketika sambutan Aidlfitri yang lalu.Ketika ditanya jika Ekin pernah terguris hati dengan penafian yang dilakukan, Mawi berkata, "Saya rasa tidak kerana dia memahami situasi ini. Lagipun, kami hanya berkawan. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak semestinya saya mempunyai sebarang perhubungan dengan mereka.""Saya belajar daripada kesilapan. Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan diri agar saya dapat memperbaiki diri sendiri," tambahnya lagi.Mawi bakal tembusi pasaran IndonesiaJika nama Datuk Siti Nurhaliza begitu sinonim dengan masyarakat Indonesia, kini Mawi mahu mengorak langkah menuju ke arah mengecapi sukses yang sama."Saya akan mengedarkan album saya yang berjudul Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu di Indonesia pada tahun hadapan. Malah, kami akan membuat arranggement baru agar ianya bersesuaian dengan pasaran di sini," ujar Mawi lagi yang bakal berkunjung ke negara tersebut sekali lagi pada bulan Januari nanti.Bagi memastikan albumnya menembusi pasaran Indonesia, Mawi akan mengambil beberapa langkah agar dia dapat diterima oleh pendengar di sana."Tambahan pula, saya akan menggunakan perkhidmatan komposer dari Indonesia untuk menepati citarasa orang di sini," tambahnya lagi. Mawi kini sudah mengeluarkan album terbarunya iaitu 'Satu Dalam Seribu' yang dilancarkan di kepulauan Mauritius baru-baru in bersama-sama peminatnya.Lagu Mungkin Langitmu Lagi Biru merupakan single pertama daripada album ini.Mawi memasang harapan agar ianya dapat mengulangi kejayaan yang sama seperti album-album yang lalu.
0 comments:
Post a Comment