Sunday, November 30, 2008
Saturday, November 29, 2008
Tuesday, November 25, 2008
Sunday, November 23, 2008
Kenali pengarah filem Budak Kelantan
Siapa Wan Azli Wan Jusoh? Sebuah nama yang tiba-tiba menjadi sebutan dan mendapat pujian ramai pengkritik filem yang menonton filem sulungnya Budak Kelantan yang kini sedang mendapat sambutan hangat di pawagam.
Sekarang zaman orang cari sesuatu yang baru. Awal tahun ini industri muzik digegarkan dengan kemunculan banyak kumpulan muzik indie yang menghasilkan muzik mengikut naluri hati dan ia mudah menyerap ke jiwa pendengar.
Apabila ada orang baru yang mengarah filem yang tidak mengikut resipi sedia ada, maka ia juga boleh diterima. Wan Azli mengakui dia mengarahkan filem Budak Kelantan hanya mengikut naluri hatinya dan mencurahkan apa yang ingin disampaikannya.
Dia mengambil kejadian benar yanag berlaku di sekeliling dan berlaku kepada kelanannya sendiri untuk menggerakkan cerita Jaha yang sangat jahat lakunya dalam filem Budak Kelantan.
Wan Azli Wan Jusoh, nama baru yang jadi perhatian.
Wan Azli, 33, seorang pemuda biasa yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Dia dapat tawaran ke sekolah asrama penuh tetapi tidak meneruskannya. Dia terpaksa pindah ke sekolah biasa di Sekolah Menengah Datuk Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah, Kelantan kerana menghidap sakit jantung pada masa itu.
Keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia membolehkan dia menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerana mahu memenuhi kehendak orang tua, Wan Azli sedia belajar jurusan kejuruteraan walaupun hatinya berkata tidak.
Nak tahu apa yang dilakukan di UTM? Wan Azli turut aktif dalam teater di universiti itu. Beliau tidak sempat menyudahkan pengajian dan menyambung pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Di sana Wan Azli melakukan apa yang hatinya berkata ya.
Apabila belajar ilmu teater beliau rasa seronok. Selepas tamat dia menyambung pula ke Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Seni Layar. Selepas tamat belajar beliau diberi peluang mengarahkan sebuah telemovie dan seterusnya mengarah filem Budak Kelantan yang kini menjadi sebutan.
"Kalau nak tonton filem saya pilih pengarahnya, saya suka Tarantino, Kurusowa, Del Torro dan ramai lagi. Saya juga suka filem, Hollywood, tapi tengok filem yang bagaimanalah.
"Saya lebih cenderung dengen filem dari Eropah, filem Perancis antara yang saya paling suka tonton," sambungnya.
Sumber Dipetik Dari : www.manggaonline.com.my
Posted by gambarartiskita at 3:19 PM 0 comments
Labels: Wan Azli
Saturday, November 22, 2008
Michael Jackson Memeluk Agama Islam
Syukur Alhamdulillah, Michael Jackson,50, confirm telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya kepada Mikaeel (nama Malaikat) , menurut akhbar The Sun.
Michael Jackson telah melafazkan syahadah di rumah temannya di Los Angeles, Steve Porcaro iaitu seorang pemain keyboard dalam album Thriller di hadapan seorang Imam.
Michael Jackson sebelum itu di kaunseling dari dua orang temannya David Wharnsby,penulis lagu dari Kanada dan Phillip Bubal, seorang produser yang telah terlebih dahulu menukar agama kepada Islam.
Tahun lalu,abang Michael Jackon, Jermaine Friday yang telah convert ke Islam sejak tahun 1989, telah mencadangkan Jackson memeluk agama Islam. Friday banyak membelikan Jackson buku-buku mengenai Islam dan berpendapat Michael Jackson mengenai keindahan dan ketenangan Islam.
Sumber Dipetik Dari : isuhangat.blogspot.com
Posted by gambarartiskita at 2:49 PM 0 comments
Labels: Michael Jackson
Sunday, November 16, 2008
Nur Iman Tang Kekasih Hati Nasha Aziz
Berikut adalah petikan laporan Berita Harian yang menemubual Nasha Aziz baru-baru ini. Nasha Aziz baru sahaj memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori filem Anugerah Skrin 2008 namun beliau tiada di’majlis tersebut untuk menerima sendiri anugerah tersebut.
Bicara kami pagi itu disulami dengan kisah hubungan ‘intimnya’ dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya ketika ini dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini.
“Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja.
Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu.
“Mungkin akan ada suara nakal mengatakan yang dia memeluk Islam kerana saya. Tak baiklah berfikiran begitu kerana sepanjang mengenalinya, dia begitu dekat dengan budaya dan adat resam orang Melayu.
“Dia juga sudah lama mempelajari Islam dan mengamalkannya secara berdikit-dikit. Dan sepanjang bulan puasa lalu, saya lihat dia selamba saja berpuasa tanpa menunjukkan ciri-ciri keletihan yang teramat,” ulas Nasha mengenai sikap temannya itu.
Sumber Dipetik Dari : www.mybikerz.com
Posted by gambarartiskita at 6:19 AM 0 comments
Labels: Nasha Aziz
Thursday, November 13, 2008
Tali Gantung
Tali gantung yang diimport ini diperbuat dari jenis jut yang paling
bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan
kulit banduan yang akan digantung.
Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000.
Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekalnya akan
diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90
kilo selama 72 jam.
Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia
diklasifikasikan sebagai senjata dan disimpan di dalam peti besi.
'Setiap tali gantung kita terima ada perkiraannya. Kita tak boleh
poie terus dan pasang, ada cara-cara yang kita kena ikut. Kita ada
empat jenis tali dan kita pilih mengikut berat banduan,' jelas
Samuel.
Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang
berfungsi untuk mematahkan tengkok banduan.
APABILA RAYUAN DITOLAK
Di Penjara Kajang umpamanya banduan yang dijatuhi hukuman gantung
dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi
sehingga hukuman dilaksanakan.
Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka
dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang
bertugas.
Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga
habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan,
Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.
Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah
Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman di
mana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad
pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara
5.30 pagi hingga 6.30 pagi.
'Kita diberi satu jam untuk laksanakan hukuman. Untuk banduan
beragama Islam biasanya kita akan jalankan hukuman gantung ini pada
hari Jumaat, selepas solat subuh. Bagi yang bukan Islam, waktunya
lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza,' kata Samuel.
Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan
pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman
gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.
'Biasanya banduan akhir ini akan tahu apabila dia dibawa keluar
dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat, dia tahu keesokan
harinya sesuatu yang buruk akan berlaku (dia akan digantung),' kata
Samuel.
Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya
yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu
di luar penjara untuk 'perjumpaan terakhir.'
Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan
terakhir ini.
Banduan juga diberi pilihan untuk 'hidangan terakhir' bernilai
RM7.50.
HARI PENGGANTUNGAN
Menurut Samuel, kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman
gantung 'poie dengan rela' setelah menunggu begitu lamo untuk
hukuman dilaksanakan.
'Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan
tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi
agresif sehingga ke saat-saat terakhir.
' Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka
lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila
kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang
salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak
tahan lagi menunggu,' katanya.
Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka
akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.
'Jangan ikut tabiat buruk ayah' antara kata-kata terakhir seorang
banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.
Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada
hari hukuman.
' Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar
sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai
kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan
jenaka,' cerita Samuel.
Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk
pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari
hukuman akan dilaksanakan.
BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG
Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan
secara automatik renggang sepenuhnya bila 'gear' ditarik.
Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian
5.18 meter.
Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian
suasana penjara.
Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar
dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat
kepada tukang gantung untuk menarik 'gear' yang akan antaranya
membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.
Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian
berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan
akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam
dibiar tergantung.
'Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati
jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada
dia, semuanya tak ada masalah.
'Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan
letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-
bos saya dulu,' kata Samuel.
Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel.
Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada
anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.
'Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal,
lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi
penagih, satu keluarga akan terjejas,' katanya sambil menjelaskan
bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
E-mail dari :
~ Live your Life to the fullest ~
ardzana....
Posted by gambarartiskita at 7:29 PM 0 comments
Labels: Berita Semasa, Info Semasa
Tuesday, November 11, 2008
Tiada Hantaran Buat Sharon
Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya selalu berfikir akan hidup bujang hingga akhir hayat, tapi ini yang dikatakan takdir dan jodoh,” kata pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20, Rusdi Ramli, 37, mengenai keputusannya bernikah dengan komposer terkenal, Sharon Paul Abdullah.
Hampir 15 tahun hidup sendiri, pelakon utama filem Waris Jari Hantu itu bakal menamatkan zaman duda dengan menikahi kekasihnya, Sharon, Ahad ini.
Ketika dihubungi, semalam, anak pelakon veteran Norlia Ghani itu menjelaskan, majlis pernikahan akan diadakan secara ringkas dan hanya membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.
“Tiada wang hantaran diberikan kepada bakal isteri, sebaliknya hanya mas kahwin dan senaskhah al-Quran akan diserahkan.
Begitupun, bagi menghormati Sharon, resepsi dan persandingan akan diadakan sebaik majlis pernikahan selesai dijalankan.
Bercerita lanjut mengenai percintaan mereka yang sebelum ini tidak pernah disiarkan pihak media, kata Rusdi, dia mahupun Sharon mula serius memikirkan soal berumahtangga selepas setahun menjalinkan hubungan.
“Susah untuk saya jelaskan mengapa saya tiba-tiba bersedia untuk berumahtangga sekali lagi dan memilih Sharon untuk menjadi suri hidup. Ini yang dikatakan jodoh.
“Apa yang pasti Sharon boleh menerima saya seadanya. Dia bukan saja memahami saya, tetapi kerjaya saya juga. Bagaimanapun, selepas bernikah nanti saya juga perlu faham tugasnya sebagai komposer dan pencipta lagu.
“Antara kami banyak persamaan. Kalau hendak kata saya sibuk, Sharon juga sibuk apabila sehari suntuk terperap dalam studio. Boleh dikatakan kerjaya kami banyak persamaan dan itu membuatkan kami saling memahami.
“Selepas bernikah saya tidak lagi bimbang kerana bakal isteri akan sentiasa berada di sisi kerana menguruskan syarikat yang kami tubuhkan iaitu Filmwerks Sdn Bhd.
“Syukur apabila ibu, bapa dan anak tunggal saya boleh menerima Sharon. Apabila sudah mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, rasanya ini jalan terbaik untuk kami ambil,” katanya lagi.
Rusdi dan Sharon pertama kali bertemu ketika menjayakan filem Pontianak Harum Sundal Malam II (PHSMII).
“Waktu itu saya dan Maya Karin terpaksa ke studio kerana Sharon yang bertindak sebagai pengarah skor muzik filem itu merakamkan suara kami.
“Selepas itu kami tidak pernah berjumpa sehingga majlis tayangan perdana filem PHSMII. Sejak itu kami saling berhubungan hingga sekarang,” katanya.
Sumber Dipetik Dari : www.hmetro.com.my
Posted by gambarartiskita at 5:53 AM 0 comments
Labels: Rusdi Ramli
Monday, November 10, 2008
Norman Pasrah Jika Berpisah
‘Saya pasrah andai berpisah’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Saya pasrah apa yang berlaku sama ada bersama semula atau berpisah dengan Abby,” kata Norman Hakim atau Mohamed Nurhakim Zaidon, 32, yang ditemui selepas menunaikan solat Hajat dan Istikarah di Masjid Nur Hidayah Kampung Pandan di sini, malam tadi.
Katanya, lebih baik dia mengambil sikap bertenang sekarang dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak pegawai polis dalam drama Gerak Khas itu tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berikutan ada segelintir pihak cuba menangguk di air keruh.
Ditanya perasaannya terhadap isteri dan anak, kata Norman, dia masih menyayangi keluarganya dan berharap rumah tangganya dapat dipertahankan.
Malah, menurutnya, dia masih menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga termasuk tetap membayar bil elektrik dan air serta membiayai persekolahan anak.
“Masih ada kasih sayang saya pada anak dan isteri. Masa solat tadi terbayang anak sulung yang selalu azan. Saya pentingkan masa depan mereka tidak kira apa yang berlaku nanti...bersatu atau berpisah.
“Kebajikan mereka tidak akan terabai. Siapa yang tak sayangkan anak. Kali terakhir saya berjumpa dengan mereka ketika majlis cukur jambul anak bongsu saya selepas hari raya lalu,” katanya.
Dia juga tidak mahu mengulas panjang isu rumah tangganya bersama Abby kerana boleh menjadi ruang perbalahan dan tiada jalan penyelesaian.
“Saya nak cari jalan penyelesaian...saya perlukan ruang untuk cari petunjuk arah bagi selesaikannya.
“Berikan saya ruang...biarlah saya cari jalan penyelesaian terlebih dulu sebelum mengambil sebarang keputusan,” katanya.
Norman ternyata tidak mengetahui bila dapat menyelesaikan masalah terbabit dengan menyerahkannya kepada Allah s.w.t.
Bagaimanapun, baginya, apa yang penting kawan dan ahli keluarga tetap memberi sokongan.
“Saya tidak boleh salahkan sesiapa sama ada berkaitan kes khalwat atau masalah rumah tangga. Perkara sudah terjadi...saya perlu pertahankan diri saya.
“Apatah lagi isteri saya dalam keadaan emosi yang menebal, biarlah dia reda dulu...dalam keadaan pelbagai spekulasi dan andaian, saya nampak ia bukan platform untuk berbalas kenyataan kerana akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya memohon kepada Allah s.w.t supaya menyelamatkan rumah tangga kami...apa gerak hati yang terbaik itulah yang datang daripada Yang Maha Esa,” katanya yang lega dapat melakukan solat hajat dan Istikarah bagi memperoleh petunjuk untuk menyelesaikan masalah dihadapinya.
Norman berkata, dia memohon petunjuk kerana jika jalan terbaik ke arah penyelesaian itu ialah berpisah, dia bersedia menerimanya.
Dia seterusnya menafikan sudah mengahwini Suhaiza Suhaimi atau Memey, 20, yang menjadi punca keretakan rumah tangganya.
Perkara itu turut disahkan abangnya, Mohd Sophee Zaidon, 44, dan sepupu Norman, Razin Abdul Razak, 43, yang turut berada di masjid berkenaan.
“Saya belum mengahwini Memey, itu semua spekulasi dan saya tak pernah kahwin dan tak pernah hantar borang nikah. Segala-galanya tidak benar.
“Saya tidak mahu cakap apa-apa, nanti akan bangkitkan gelodak emosi daripada pihak Abby,” katanya yang terkejut dengan kehadiran media di masjid itu.
Norman yang memakai baju Melayu putih dan berkain pelekat kelihatan tenang ketika menjawab soalan diajukan wartawan.
“Saya tidak sangka media akan datang ke sini...nanti apa pula anggapan masyarakat terhadap saya, sampai sembahyang pun nak panggil media,” katanya.
Hasil perkongsian hidup mereka, Abby dan Norman dikurniakan tiga anak, Mohamed Danish Hakim, 5, Marissa Dania Hakim, 3 dan Maria Danisha Hakim, lebih sebulan.
Sumber Dipetik Dari : www.hmetro.com.my
Posted by gambarartiskita at 5:45 AM 0 comments
Labels: Abby Abadi, Norman Hakim
Friday, November 7, 2008
Fahrin Ahmad Ada Teman Baru?
CINTA 'teman tapi mesra' antara Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini tersimpan dalam lipatan sejarah. Betul kata pepatah, kumbang bukanseekor, bunga bukan sekuntum apabila Fahrin kini tidak lagi keseorangan apabila dia kini dikatakan sudah ada kekasih baru. Gosip terbaru yang diperoleh mengatakan Fahrin kini sering dilihat bersama aktres remaja,Scha yang bakal muncul dengan filem pertamanya, Antoo Fighter dan drama bersiri lakonannya, Awan Dania pula disiarkan menerusi Astro Ria.
Terbaru, Fahrin dan Scha dilihat datang beriringan ke MajlisRumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP),baru-baru ini, apabila Zubir sendiri menjemput mereka di lobi hotel.Apabila pasangan dua sejoli itu melintas di depan rakan artis, merekasekadar melemparkan senyuman apabila diusik.
Di satu sudut, Zubir sempat bertanya Fahrin sejauh manaperhubungannya dengan Scha. “Kami perlukan masa dalam perhubungan ini,sama seperti pasangan lain. Cuma saya tidak mahu lagi melabelperhubungan saya dan Scha sebagai ‘teman tapi mesra’. Kali ini saya takmahu berselindung, kami berpijak di bumi nyata.”
Zubir pula tidak berapa mengenali Scha secaraperibadi, tapi apa yang Zubir maklum, Scha sebelum ini tidak pernahdikaitkan menjalin hubungan serius dengan sesiapa. Justeru, Fahrin danScha dipertemukan dalam masa, tempat dan situasi yang sesuai!
“Saya selesa berkawan dengan Fahrin. Kini, saya sedang mengenalidirinya. Kami mula rapat ketika sama-sama berlakon drama Lemas DalamCinta. Kami berkawan dan lama-kelamaan nampaknya ada keserasian antarakami. Jadi, berilah kami masa,” kata Scha berterus-terang ketikaditemui sebelum majlis berakhir.
Zubir doakan apa yang direncana Fahrin dan Scha menjadikenyataan suatu hari nanti. Cuma satu pesanan Zubir, kalau dah terbitkeserasian, jangan tunggu lama-lama Fahrin. Scha tu cantik, comel!Jangan sampai dikebas orang!
Posted by gambarartiskita at 4:17 AM 0 comments
Labels: Fahrin Ahmad, Scha
Aziz M Osman bercerai
Aziz berasa ditipu
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Bukan salah dia. Dia tertipu...” kata Afida Es yang mengesahkan anaknya, pengarah dan pelakon terkenal, Aziz M Osman, 46, sudah berpisah dengan ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22.
Afida ketika dihubungi Metro Ahad berkata, kes anaknya dibawa ke mahkamah syariah dan sudah selesai.
“Perkahwinan anak saya tidak sah kerana wanita yang dikahwininya masih dalam tempoh edah. Ketika Aziz merujuk permasalahannya ke mahkamah syariah, status perkahwinannya batal,” katanya yang simpati dengan nasib anaknya.
Menurut Afida, Aziz menceritakan masalah dihadapinya selepas pulang berbulan madu bersama isterinya di Bali, Ogos lalu.
Katanya, sebaik pulang dari Bali, Aziz meninggalkan isterinya kerana kecewa dan berasa ditipu.
“Yang saya tahu, Aziz mengetahui isterinya masih dalam tempoh edah selepas mendapat maklumat daripada bekas suami isterinya. Untuk mendapatkan kepastian, Aziz ke mahkamah syariah dan mendapati maklumat itu benar.
“Begitupun, saya bersyukur perkara itu dapat diketahui lebih awal kerana jika lambat mengetahuinya pasti akan timbul masalah,” katanya.
Afida berkata, dia reda dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Aziz bertemu jodoh lebih baik pada masa depan.
“Ini dugaan Allah SWT. Aziz mengimpikan perkahwinan yang bahagia tetapi belum kesampaian,” katanya.
Aziz, duda anak lima, diijabkabulkan dengan Nor Radhiah di Masjid Padang Nenas, Tepuh, Kuala Terengganu, pada 16 Ogos lalu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri bapa pengantin perempuan, Ramli Yusuf, 52, dengan disaksikan Jurunikah Mukim Batu Rakit, Ismail Yusof, 63, yang juga bapa saudara Nor Radhiah.
Aziz mula berkenalan dengan Nor Radhiah ketika mengerjakan umrah pada 9 hingga 20 Mac lalu.
Kata Aziz, kali pertama memandang wajah Radhiah di Madain Saleh di Madinah, dia tertarik dengan rupa parasnya yang lemah lembut dan menawan hati.
Sumber Dipetik Dari : www.hmetro.com.my
Posted by gambarartiskita at 4:15 AM 0 comments
Labels: Aziz M.Osman
Thursday, November 6, 2008
Cinta Serius Linda Jasmine Hashim & Que Haidar Mahu Kahwin
Linda Jasmine Hashim katanya akan berkahwin dengan pelakon Que Haidar tidak lama lagi. Pasangan ini dikatakan sedang di lamun cinta dan serius dalam hubungan. Tetapi tenaga pengajar seni tari ini masih belum bersedia untuk memberi sebarang komen. Petikan dari Berita Harian semalam
“Saya juga seperti manusia biasa yang terbuka dalam soal perkahwinan. Saya tidak pernah menghalang benda itu (berkahwin lagi). Kalau ada jodoh saya dengan seseorang pada masa depan, maka adalah. Saya juga faham orang di luar sana begitu mengambil berat dan ingin tahu, tambahan pula bergelar sebagai selebriti. Tapi saya juga ada hak untuk tidak berkongsi dan memberi komen lanjut mengenai apa juga persoalan yang mengundang tanda tanya.
“Sejauh mana mereka ingin mengambil tahu, masyarakat juga perlu menghormati apa juga pendirian saya. Saat ini, saya tidak selesa untuk mengupas lanjut apa juga kisah yang melingkari kehidupan saya terutama kisah dengan Que. Saya berhak untuk menyimpan sedikit kisah sendiri.
“Saya faham kehendak masyarakat dan media untuk mengambil tahu dan jika saya berada di tempat mereka sekalipun, saya akan membuat perkara yang sama. Saya mengenali Que sebagai seorang pelakon yang mempunyai bakat dan saya ada juga menonton filem dan telefilem lakonannya seperti Castello dan Hanya Aku,” kata Linda sambil tersenyum.
Sumber Dipetik Dari : budiey.com
Posted by gambarartiskita at 8:32 PM 0 comments
Labels: Linda Jasmine Hashim
Obama Cipta Sejarah
Barack Obama mencipta sejarah Amerika dan dunia apabila menjadi Perdana Menteri pertama berkulit hitam.
Sehingga kini Obama memperoleh 349 undi berbanding 147 yang diperoleh John McCain untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44.
Tahniah kepada Barack Obama tetapi sekaligus krisis ekonomi yang melanda AS dan dunia kini terpikul di bahu Obama.
Sumber Dipetik Dari : isuhangat.blogspot.com
Posted by gambarartiskita at 8:12 AM 0 comments
Labels: Obama
Wednesday, November 5, 2008
Hati-hati jika menggunakan PC ditempat umum-PENTING!!
For your information……...be careful
HATI2 KALAU MEMAKAI PC DI TEMPAT UMUM (SEPERTI INTERNET CAFE, DLL...)
CEK BELAKANG PC DAN LIHAT APAKAH ALAT INI ADA DI BELAKANG PC, BILA ADA, JGN PAKAI PC ITU!!!!
Alat ini dinamakan Keystroke. Ia dicucuk di hujung cable keyboard yg terhubung ke PC, ini digunakan untuk menyimpan semua data yg telah diketik oleh keyboard itu...
Kebanyakan ini dipakai di Internet kafe, pameran, hotel Dan lapangan terbang. Maka berhati2lah terutama anda yg menggunakan Internet di tempat seperti itu untuk mengakses account bank online atau site penting lainnya.
Setelah anda masuk ke account bank, Dan setelah selesai, meninggalkan PC, itu akan dgn mudahnya untuk membuka account itu kembali dgn apa yg sebelumnya anda ketik, yg telah
tersimpan di dlm Black Device.
Jadi, sebaiknya anda periksa dahulu PC jika Ada sesuatu yg mencurigakan di belakangnya sebelum menggunakan Internet di tempat umum untuk mengakses site penting
Semoga informasi ini berguna untuk anda semua.. Dan mencegah terjadinya hal2 yg tdk diinginkan dan sampaikan kepada sahabat handai.
Wallahua'lam…………….
Sumber Dipetik Dari : isuhangat.blogspot.com
Posted by gambarartiskita at 3:31 AM 0 comments
Labels: Info Semasa
Abby Tidak Rela Bermadu
"CERAIKAN saya di sini juga, di depan wartawan sekarang ini juga," jerit Abby dalam nada tegas penuh emosi kepada Norman Hakim sewaktu mencelah temu bual yang dilakukan sekumpulan pihak media di lokasi penggambaran drama Gerak Khas berdekatan Carrefour, Wangsa Maju pada 3 November lalu.
Bagaimanapun, Norman cuba untuk tidak mengeruhkan keadaan dan berlalu seketika daripada penglihatan rakan media, tanpa berkata apa-apa. Cukup dramatik sekali melihat adegan yang membabitkan mereka ini, apatah lagi Abby secara tegas mempersoalkan apakah hubungan yang terjalin antara Norman dengan Memey? Tidak berjawab, soalan itu terus tergantung dan meninggalkan tanda tanya.
Penggambaran drama ini juga terganggu seketika gara-gara ‘ketegangan’ yang tidak disangka-sangka ini.
Bagaikan melihat adegan drama sebenarnya melihat watak realiti yang dipegang Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 30, begitu nekad untuk menuntut perceraian buat kali keduanya terhadap si suami bernama Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 32. Pasangan ini pernah dilanda badai gara-gara wujud orang ketiga hingga terjadi kes perceraian singkat pada 5 Mei 2006 selepas tiga tahun berkahwin. Bagaimanapun mereka kembali rujuk pada 12 Mei 2006.
Sumber Dipetik Dari : www.bharian.com.my
Posted by gambarartiskita at 3:22 AM 0 comments
Labels: Abby Abadi, Norman Hakim
Mawi nak jemput YB Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato Nik Aziz Nik Mat
Sedutan 'statemnent' beliau
Mawi juga memberitahu antara VIP yang akan diundang ke majlis resepsi keluarganya dan Ekin ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, manakala pada majlis resepsi istimewa di Hotel Palace of the Golden Horses, Mawi memberitahu antara kenamaan yang bakal mendapat undangan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Pasti menarik, Perdana Menteri Malaysia, Bekas Perdana Menteri Malaysia, Mursyidul Am Pas bakal duduk satu meja untuk meraikan perkahwinan seorang ikon artis semasa..
Posted by gambarartiskita at 3:17 AM 0 comments
Labels: Mawi
Monday, November 3, 2008
Abby Gagal Failkan Perceraian
Abby gagal fail perceraian kerana dokumen tidak lengkap
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Artis wanita popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian ke atas suaminya, aktor, Norman Hakim kerana dokumen perceraian yang dikemukakan artis itu tidak lengkap.
Abby yang hadir seorang diri di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Keramat Hulu Kelang berkata, dia akan berusaha menghubungi Norman untuk memberi kerjasama bagi menyelesaikan permohonan perceraiannya itu.
Sumber Dipetik Dari : Utusan
Posted by gambarartiskita at 6:14 AM 0 comments
Labels: Abby Abadi, Norman Hakim