Sunday, November 16, 2008

Nur Iman Tang Kekasih Hati Nasha Aziz

Berikut adalah petikan laporan Berita Harian yang menemubual Nasha Aziz baru-baru ini. Nasha Aziz baru sahaj memenangi anugerah untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik kategori filem Anugerah Skrin 2008 namun beliau tiada di’majlis tersebut untuk menerima sendiri anugerah tersebut.

Bicara kami pagi itu disulami dengan kisah hubungan ‘intimnya’ dengan seorang pemuda Cina yang sering dilihat bersamanya sejak kebelakangan ini. Mungkin perasaan bahagia yang memenuhi ruang hati serta musim bunga yang dilaluinya ketika ini dengan jejaka yang juga seorang promoter konsert terkenal, membuatkan Nasha tidak teragak-agak untuk menyingkap sedikit rahsia hidupnya sebagai tatapan pembaca akhbar ini.

“Kami memang rapat dan sudah enam bulan saya berkawan dengannya. Dan dia pun sudah bergelar saudara baru pada Ramadan lalu dan kini dikenali dengan nama barunya Nur Iman Tang. Jadi sepanjang bulan puasa lalu, saya sibuk membantunya menerangkan serba sedikit mengenai asas agama. Dan kami juga sering menunaikan sembahyang Tarawih bersama,” cerita jurucakap Avon dan Polo ini dalam nada teruja.

Mengakui amat menyenangi jejaka itu, Nasha berkata sepanjang mengenalinya dia melihat kesungguhan Nur Iman memeluk agama Islam adalah kerana keikhlasannya terhadap agama itu.

“Mungkin akan ada suara nakal mengatakan yang dia memeluk Islam kerana saya. Tak baiklah berfikiran begitu kerana sepanjang mengenalinya, dia begitu dekat dengan budaya dan adat resam orang Melayu.

“Dia juga sudah lama mempelajari Islam dan mengamalkannya secara berdikit-dikit. Dan sepanjang bulan puasa lalu, saya lihat dia selamba saja berpuasa tanpa menunjukkan ciri-ciri keletihan yang teramat,” ulas Nasha mengenai sikap temannya itu.

Sumber Dipetik Dari : www.mybikerz.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger