“Kak Ani sudah tidak percayakan lelaki. Menyakitkan hati saja. Bagi Kak Ani, percintaan membuatkan seseorang leka dengan suasana itu.”
Begitulah pendirian Kak Ani atau nama penuhnya Noraniza Idris yang ditemui semalam selepas siaran langsung ‘Wanita Hari Ini’ ketika ditanyakan tentang kehidupan percintaannya kini. Dari riak wajahnya, jelas selepas melalui dua perkahwinan, wanita yang bakal menyambut harijadinya yang ke-41 ini, sudah letih mencari cinta sejati. Jika anda di tempatnya, sudah tentu anda pun berasa serik.
Walaupun tidak dinafikan adakalanya merasa sunyi, namun Kak Ani tabah mengharunginya. Di kelilingi keluarga tersayang, dia mengakui gembira dengan kehidupan solonya. Kebanyakkan masanya difokuskan pada kerja. Semua kerja kerasnya untuk menjamin masa depan dirinya dan keluarga. Masa yang terlapang diluangkan bersama keluarga, melakukan aktiviti-aktiviti seperti memasak, berjalan-jalan.
“Hal peribadi seperti cinta, kahwin ditolak ke tepi, ke No. 4, 5. Kak Ani taknak fikir lagi semua ni. Kak Ani pun takde masa untuk mencari boyfriend. Wanita hari ini bukan seperti zaman dahulu, perlu mencari suami untuk menanggung hidup. Sekarang ini, walau dapat suami pun, jangan dilepaskan kerjaya dan impian anda,” nasihatnya.
Ekoran dari publisiti meluas yang diterima, dari perpisahannya dengan suami pertama, kemudian perkahwinan kedua dan perceraian senyapnya, diakui ibu kepada dua anak lelaki yang masing-masing sudah berusia 20 dan 16 tahun ini, adanya persepsi serong terhadapnya. Malah ia turut datang dari penaja dan rakan usahasama.
“Masyarakat suka bercakap, suka menilai. Tapi saya tahu bagaimana untuk menempis tanggapan itu agar ia tidak mengganggu kerja saya. Ada (penaja, rakan usahasama) yang terus-terang bertanya (tentang kontroversinya) dan bagi saya jika mereka lebih terbuka, ia bermakna mereka menghormati kita. Ada yang menyembunyikannya, menunjukkan mereka was-was dengan motif kita.”
Pelbagai Projek Menanti
Tidak lagi dibelunggu masalah percintaan, Kak Ani dapat menumpukan sepenuh perhatian pada perkembangan kerjayanya. Bagi peminat yang sudah lama menunggu material baru dari penyanyi irama Malaysia ini, single terbarunya, “Enjut” akan diriliskan tidak lama lagi. Sebuah lagu kuda kepang etnik ciptaan Cat Farish, ia mempunyai tiga versi iaitu etnik kuda kepang, kontemporari dan fusion.
Idea Kak Ani adalah untuk mengeluarkan satu produk dari satu negeri setiap tahun. Projek jangka panjang ini dimulakan dengan negeri kelahirannya, Johor. Tahun depan, kemungkinan Negeri Sembilan atau Sabah. Perihal pemilihan tema kuda kepang, dia menjelaskan dirinya telah membesar dengan kuda kepang, dan projek ini melihatnya kembali ke asal-usulnya.
Single tersebut akan dipakejkan dengan sebuah buku tulisannya mengenai sejarah kuda kepang dan VCD yang mengandungi cerita kesenian kuda kepang dan industri pelancongan Johor. Dia berhasrat memasarkannya sebagai alat pembelajaran di bengkel kesenian dan untuk sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT), dan juga satu bentuk promosi pelancongan.
Untuk mempromosikan pakej itu, akan diadakan satu siri jelajah ke sekolah-sekolah dan IPT-IPT. Dia turut mengikuti tour bersama Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) kerana mempercayai muzik dapat membantu lepasan pemulihan dadah mengenali jati diri dan asal-usul mereka. Ingin juga dipecahkan persepsi bahawa muzik ialah satu bentuk dadah dan dadah itu muzik.
Selain kerja penerbitan, bengkel kesenian dan bisnes kateringnya, Kak Ani mendedahkan hasratnya untuk membentuk satu akademi kesenian yang diharap boleh dijadikan sebagai salah satu modul dalam pembelajaran pemulihan AADK. Jelasnya, ini untuk membantu pemulih dadah mengenali diri mereka melalui kesenian. Ingin juga direalisasikan impian yang sudah tersimpan di hati untuk 22 tahun lamanya, iaitu mengadakan sebuah konsert. Berlainan dengan konsert yang biasa dianjurkan, Kak Ani bercadang untuk menyelitkan unsur motivasi dan ilmiah di dalamnya.
Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com

0 comments:
Post a Comment