Anak kedua arkitek terkenal, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Raja Shahirah Aishah, 24, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, vokalis kumpulan Love Me Butch, Syarul Reza Abdul Aziz, 30, di Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini malam tadi.
Majlis akad nikah pasangan tersebut diadakan tepat pukul 9.30 malam tadi dengan dihadiri oleh 100 orang tetamu yang terdiri daripada sahabat handai dan saudara mara dari kedua-dua belah pengantin.
Majlis dimulakan dengan Jurunikah Negeri M Rozi Bidin membacakan khutbah nikah sebelum dituruti dengan majlis akad nikah yang dilakukan sendiri oleh bapa pengantin perempuan Raja Kamarul Bahrin.
Sebelum memulakan majlis akad nikah tersebut Raja Kamarul Bahrin kelihatan memeluk dan mencium anak perempuan tunggalnya itu hasil perkongsian hidup dengan warga Australia Jacqueline Pascarl-Gillespie.
Syarul Reza yang memakai baju Melayu serta samping songket serba putih sah menjadi suami Raja Shahirah selepas tiga kali lafaz.
Majlis bersanding kedua-dua pengantin dijadualkan berlangsung di Ariani Resort Merang petang nanti.
Pengantin lelaki berasal dari Seksyen 8 Bandar Puncak Alam Selangor manakala pengantin perempuan dari Jalan Sultan Mahmud di sini.
Bercerita tentang perkenalan awal mereka, pasangan yang bercinta hampir lima tahun ini diperkenalkan oleh seorang rakan sebelum mereka bersama-sama menubuhkan kumpulan muzik Lab Rat dan menyertai sebuah pertandingan yang mana mereka berjaya mewakili negara untuk 'The Global Battle of the Bands Challenge 2008' yang berlangsung di London akhir tahun lalu.
Selain Syarul dan Shahirah, kumpulan itu turut dianggotai oleh dua orang adik-beradik Syarul iaitu Syaril Zizi Abdul Aziz, 30 dan Syaiful Nazri Abdul Aziz, 25, serta seorang lagi ahli kumpulannya, Azwan “Kecik” Hadi, 29.
Sumber dipetik dari : http://www.fiq-life.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment