Sunday, March 9, 2008

Erra Fazira Ahli UMNO & Tak Lupa Mengundi

From: www.budiey.com

Uish, ramai sungguh yang asyik duk tanya Budiey pasal artis ni ada dalam senarai rekod mengundi ke tak. Kalau Budiey tahu nombor kad pengenalan artis tak pe la jugak. Benda-benda macam NO. IC ni manalah kita nak tanya bila jumpa artis. Itu tak penting dan artis pun takkanlah nak kasi tau nombor IC dia kalau tak bersebab.
Hari ni, 24 Februari 2008 adalah hari penamaan calon. Budiey ingat nak keluar jugak tengok event penamaan calon hari ni. Ambik gambar pun best gak, ek?
Bercakap pasal pilihanraya ni, ramai artis dimanupulasikan untuk keluar berkempen. Yelah, artiskan banyak pengaruh dalam masyarakat. Rata-rata selebriti Malaysia ni dah sah-sahlah sokong Pak Lah dan Barisan Nasional. Termasuk juga pelakon utama filem Anak,
Erra Fazira
Seorang peminat setia Erra Fazira telah menghantar email kepada Budiey malam tadi, mengatakan Erra Fazira ni seorang pelakon dan penyanyi yang bagus sangat sebab tidak lupa menunaikan tanggungjawab untuk mengundi. Yela, artiskan selalu sibuk. Kekadang nak keluar mengundi memang liat.
Ingat lagi sebelum ini, Erra Fazira keluar mengundi dan siap beratur macam orang kebanyakan juga. Bukan itu sahaja, Erra Fazira juga adalah ahli dan penyokong UMNO yang sah. Tak caya tengok buktinya di bawah ini. Ada sesetengah selebriti yang katanya mahu terlibat dengan politik tetapi tidak mendaftar tu, camna? Sape nak jawab?
Apa yang kita harapkan, walau camna sibuk pun kita, semoga selebriti dan kita semua jalankan kewajiban untuk memangkah dan memilih calon yang dapat membawa kepada kemajuan dan kebaikan dunia dan akhirat. Insyaallah.




0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger