Saturday, March 1, 2008

Pop rock boleh bertudung


Oleh Norhayati


ORANGNYA manis, sopan, merendah diri dan berwawasan. Sekalipun raut wajah dan tutur katanya 'dilabel' saling tidak tumpah seperti penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, itu bukan batu loncatan buat Rafidah Ibrahim, 22. Justeru, pasti ramai bertanya siapakah gadis ini?
Fida mahu buktikan imej bertudung litup tidak halang berjaya sebagai penyanyi pelbagai rentakORANGNYA manis, sopan, merendah diri dan berwawasan. Sekalipun raut wajah dan tutur katanya 'dilabel' saling tidak tumpah seperti penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Taruddin, itu bukan batu loncatan buat Rafidah Ibrahim, 22. Justeru, pasti ramai bertanya siapakah gadis ini?Masih ingatkah lagi pada program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pentene tahun lalu? Inilah juaranya. Namun, Rafidah kini menempa nama sebagai pengacara program kanak-kanak, Riwayat Kamil di Astro Oasis (saluran 106). Celoteh dan gaya berceritanya boleh disaksikan setiap Ahad, jam 9 pagi.Apapun, minat utama gadis comel ini tetap pada nyanyian. Biarpun bertudung, dia tidak sedikitpun gentar bersaing apatah lagi mudah patah semangat. Bagi si jelita yang mesra dengan sapaan Fida ini, apa yang penting ialah 'mencuba' lebih dulu sebelum membuat sebarang keputusan.Fida berkata, sekalipun minat pada nyanyian mendalam tidak bermakna dia menolak tawaran dalam bidang lain. Baginya, rezeki mana datang dulu, itulah diterimanya dan diberikan fokus.“Dalam soal ini, tentu sekali tawaran mengacara saya peroleh dulu. Tidak mengapalah kerana semua itu pengalaman. Pada saya, mengacara juga menyeronokkan seperti Riwayat Kamil. Dalam program ini, saya diberikan cerita tetapi gaya penyampaian keseluruhannya mengikut kreativiti sendiri.“Alhamdulillah, setakat ini kanak-kanak terbabit dalam Riwayat Kamil menyukainya. Namun, sebagai orang baru masih terlalu awal saya berasa berpuas hati. Malah, masih banyak lagi perlu diperbaiki untuk mencapai satu kejayaan. Apapun, saya tidak akan berhenti berusaha sebelum berjaya.“Begitu juga dengan nyanyian. Andai berjaya meraih peluang diidamkan ini, saya mahu tampil sebagai penyanyi wanita bertudung yang mengetengahkan konsep fusion muzik. “Saya tidak mahu label artis bertudung hanya tertumpu pada irama nasyid atau padang pasir semata-mata,” katanya.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini berkata, kalau diikutkan semua genre muzik sesuai dengan gaya bertudung tetapi soalnya bagaimana seseorang penyanyi itu membawakannya supaya masyarakat boleh terima.
“Apapun, tidak bermakna saya menolak irama nasyid atau padang pasir sepenuhnya. Saya sekadar mahukan kelainan. Bagi saya, muzik adalah universal dan tidak terikat dengan satu genre saja. “Sekiranya bergelar penyanyi nanti saya mahu album mempunyai lagu berirama balada, pop rock, R&B, soul dan jazz. Sebagai orang baru, biarlah saya tampil dengan pembaharuan.“Justeru, saya merancang untuk keluar dengan album mini tidak lama lagi. Paling lewat pun hujung tahun ini. Memandangkan segalanya membabitkan pembiayaan sendiri, saya perlu berhati-hati dan membuat banyak penyelidikan. Dalam soal ini, saya perlu peka pada muzik yang disukai pendengar.“Menghasilkan album walaupun mini, modalnya bukan kecil. Jadi, saya perlu bijak memberi fokus pada muzik yang betul-betul menjadi tarikan pendengar. “Selain itu, saya juga harus memastikan imej bersesuaian mengikut genre muzik diketengahkan. Pada saya, ini dua perkara yang perlu diambil kira.“Insya-Allah, jika tiada aral, lima lagu akan dimuatkan dalam album mini itu nanti. Setakat ini, saya sudah ada lagu hasil gubahan komposer baru, Shahzemir Shahzulkarib atau Mitho, 24, rakan saya ketika di Kolej ShahPutra, Kuantan dulu,” katanya.Dalam mengejar impian menjadi penyanyi terkenal, Fida tidak keberatan seandainya perlu berpakaian ranggi. Apa yang penting bagi Fida, gaya itu sesuai dengan lagu yang dinyanyikan. “Masyarakat hari ini sudah berfikiran terbuka. Selagi masih menutup aurat dan sopan, mereka boleh menerimanya.“Lihat saja pada golongan profesional hari ini, mereka yang bertudung boleh bergaya dengan bebas. Namun, seluar atau pakaian ditampilkan perlulah longgar dan tidak menjolok mata. Saya yakin kalau kena gayanya, sebarang isu membabitkan pakaian tidak timbul.“Niat saya hanya satu, untuk jadi penyanyi. Tiada sekelumit pun dalam hati ini mahu berpakaian ranggi untuk tayangkan bentuk badan sendiri. Apa yang pasti, masyarakat perlu lihat dulu penampilan itu sebelum menilainya. Jauh di sudut hati, saya sedaya-upaya memastikan imej bertudung tidak tercemar,” katanya.Bekas pelajar jurusan perniagaan itu berkata, lagu sudah ada tetapi proses rakaman masih belum dibuat. Katanya, buat masa ini jadualnya padat dengan aktiviti pengacaraan dan peragaan. Malah, katanya, dia sedang mencari pihak pengurusan yang boleh mengendali dan mengetengahkan bakat seninya itu.“Sekarang semua urusan saya buat sendiri. Disebabkan itu, saya memerlukan masa yang panjang. Apapun, saya memang ingin tampil dengan 'single' pertama secepat mungkin. Menerusi cara ini, barulah orang mengenali saya. Paling menggembirakan lagi, saya sudah ada lagu sendiri.“Bila lagu itu diperdengarkan nanti automatik peminat tahu itu lagu saya. Dengan itu, saya yakin kerjaya nyanyian saya mampu berkembang dengan baik. Bagaimanapun, saya tidak gusar bermula dari bawah. Biarlah, saya meniti kejayaan dan dikenali secara berperingkat dan tidak mendadak sekali gus.“Kak Siti (panggilan Siti Nurhaliza) dulu pun saya lihat membina nama dari bawah. Sekarang, lihatlah dia sudah berjaya dan popularitinya tetap kukuh walaupun sudah bergelar isteri. Itu yang saya mahu untuk memperkenalkan nama 'Fida' dan tidak menumpang pengaruh sesiapa,” katanya.Biarpun dirinya sering dikaitkan ada persamaan dengan Siti Nurhaliza, gadis kecil molek ini tidak mudah melatah. Katanya, mereka dua individu yang berbeza. Seorang sudah berjaya manakala seorang lagi sedang giat berusaha. Jadi, katanya, biarlah ia dinilai melalui kelebihan masing-masing.Namun, Fida bertuah kerana keluarga memberi sokongan penuh pada pembabitannya dalam seni. Katanya, minat itu tidak dihalang apatah lagi mengenai konsep album yang menjadi pilihannya itu. Menerusi restu itu, dia nekad untuk hasilkan album mengikut apa yang diinginkan dirinya sendiri.
Profil
NAMA: Rafidah Ibrahim
PANGGILAN: Fida
TARIKH LAHIR: 4 Jun 1986
USIA: 22 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
HOBI: Membaca dan menyanyi
KERJAYA: Model iklan dan pengacara
PROGRAM TV: Festival Nasyid Kebangsaan dan Riwayat Kamil (Astro Oasis)
IKLAN: Syampo Pentene
PENCAPAIAN: Juara Program Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pentene, Duta Pentene (dilantik 1 Januari lalu)

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger