Tuesday, May 20, 2008

FAIZAL AF4 SERTAI IKLIM?






Apa yang dinanti akan kembali. Iklim akan muncul dengan sebuah album khas yang berjudul 'Iklim & Frenz'. Namun, persoalan yang timbul ialah apabila penyanyi utama Iklim, Saleem tidak turut serta dalam penghasilan album ini.

Menurut salah seorang anggota kumpulan tersebut, Saleem tidak dapat bersama kerana beliau terikat dengan kontrak syarikat rakamannya sendiri dan Iklim terpaksa meneruskan pembikinan album ini yang telah tertangguh hampir tiga tahun. Walau bagaimanapun, Faizal AF4 pula yang akan muncul dalam 'Iklim & Frenz'.

Pembabitan Faizal AF4 dalam album ini adalah sebahagian dari usaha Iklim untuk menggilap bakatnya. Pendedahan yang diberikan kepada Faizal AF4 adalah satu peluang yang harus diambil dengan sebaik mungkin. Anggota Iklim mengakui bahawa Faizal & Iklim mempunyai keserasian, namun mampukah Faizal membawa Iklim kembali ke zaman kegemilangannya?

Faizal telah menyanyikan 2 lagu keramat iaitu 'Suci Dalam Debu' & 'Blues Terengganu Kita' dalam album ini. Semoga peminat Faizal & Iklim akan kembali 'senyum sokmo' selepas ini...

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger