Tuesday, May 6, 2008

Tuan Guru Nik Aziz dan Amy Search



KUALA LUMPUR, 5 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho milik penyanyi popular, Suhaimi Abdul Rahman, 50, atau Amy Serch di Wangsa Maju, Setapak, Ahad lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan sebelum itu merasmikan cawangan baru kedai buku Sarjana Media di Carrefour Wangsa Maju.

Kehadiran beliau di Restoran Cheng Ho disambut mesra Amy dan isteri. Amy yang terharu dengan kehadiran pemimpin utama PAS itu mengambil kesempatan membincangkan cadangannya menubuhkan sebuah rumah anak yatim dan tahfiz al-Qur'an di Johor. Turut hadir dalam majlis itu Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan kolumnis Harakah, Haji Subky Abdul Latif. Berita penuh menyusul.- tajdid Sumber: harakahdaily - isuhangat.blogspot.com

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger