Thursday, January 15, 2009

Mat Razali tarik diri demi integriti, kewibawaan SPR

KUALA TERENGGANU: Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036), Datuk Mat Razali Kassim, membuat kejutan dua hari sebelum pengundian esok, apabila melepaskan jawatan itu, pagi semalam.

Beliau yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mendapati itu langkah terbaik bagi menjaga integriti dan kewibawaan SPR.

Berikutan itu, Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang juga Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, dilantik menjalankan fungsi dan tanggungjawab sebagai Pegawai Pengurus berkuatkuasa serta-merta.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik dalam satu kenyataan semalam berkata, SPR menerima surat penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, semalam.

“SPR mengadakan mesyuarat khas dengannya dan memperhalusi daripada pelbagai sudut permohonan penarikan diri Datuk Bandar itu sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

“SPR bersetuju menerima penarikan diri Mat Razali sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kecil P36 Kuala Terengganu berkuat kuasa serta-merta,” katanya.
Pelantikan Wan Mustafa adalah selaras peruntukan Seksyen 3 dan 5(1)(a) Akta Pilihan Raya 1958, katanya.

Mat Razali berkata, semua dakwaan pembangkang bahawa beliau berjumpa kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan meminta mereka menyokong Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar.

"Saya sudah membuat penafian kerana perjumpaan itu adalah perjumpaan biasa. Malah, saya tak sebut langsung atau meminta mereka mengundi BN. Kandungan ucapan saya bukan benda baru, selama ini memang saya bercakap hal itu juga.

Berita penuh di : http://www.bharian.com.my

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger