Sunday, June 29, 2008

Nora Danish sah bercerai dengan suami

KALAU minggu lalu teman Diva, Joyah dan Zubir bertanya betul ke rumah tangga pelakon Nora Danish dengan suaminya Rizal Ashram Ramli ibarat retak menanti belah, minggu ini Diva mendapat maklumat bahawa Nora dan Rizal memang sah telah bercerai.

Mereka bercerai sejak dua minggu lalu iaitu ketika Nora sedang mengandungkan anak sulung mereka yang baru berusia dua bulan.

Mengikut sumber daripada Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Rizal yang juga anak sulung bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib, telah memfailkan penceraian mereka di mahkamah itu dua minggu lalu.

Rentetan itu, Nora dan Rizal dijadualkan kembali ke mahkamah itu untuk sebutan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah pada 10 Julai depan.

Ramai yang nak tahu punca mereka berpisah. Cuma setahu Diva, Nora menafikan mereka bercerai kerana bergaduh dan salah faham selepas tersebar gosip seorang pelakon mabuk mencium leher suami pelakon jelita ini. Sebaliknya mungkin jodoh mereka memang tak panjang.

Apa pun Diva mendoakan yang terbaik buat mereka berdua serta bayi dalam kandungan Nora sentiasa sihat.

Diva: Tunggu masa Nora bersedia membuat pengesahan.
Credit from: www.selebrific.com


0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger