Monday, June 16, 2008

Sheila, Azlina Diarah Hadir Mahkamah



KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan pelakon dan pengacara Sheila Rusly dan bekas rakan kongsi perniagaan restorannya Datuk Azlina Che Abdullah hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing pada 24 Jun dalam usaha menyelesaikan kes mereka di luar mahkamah.

Pesuruhjaya Kehakiman Dr. Badariah Sahamid membuat arahan itu dalam kamarnya selepas kes saman Sheila terhadap Azlina disebut di hadapannya.

AZLINA

Peguam A. Krishnakumar yang mewakili Sheila ketika ditanya wartawan mengenai kes itu berkata, Dr. Badariah mengarahkan supaya kedua-dua pihak hadir pada hari berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian dalam kes saman itu.

Sheila, 37, tidak hadir di mahkamah semalam manakala Azlina, 42, hadir dengan peguamnya Azahir Nasir.

Pada 24 April lepas, Dr. Badariah mencadangkan supaya kedua-dua pihak cuba menyelesaikan kes itu di luar mahkamah selepas Sheila yang merupakan saksi pertama memberi keterangan di mahkamah selama dua hari.

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger