Friday, June 20, 2008

Betul Ke Saleem Bengang Dengan Iklim?



Tidak lama dulu, Artis Glamer ada menceritakan tentang pelancaran sebuah album terbaru Kumpulan Iklim tidak dihadiri oleh penyanyi utama kumpulan tersebut, Saleem. Menurut salah seorang anggota Iklim, mereka akan bertemu Saleem untuk memperdengarkan album tersebut dimana Faizal AF telah diberi peluang menyanyikan lagu Suci Dalam Debu.




Namun, baru-baru ini sebuah akhbar tempatan telah melaporkan bahawa Saleem bertindak menghempas telefon apabila ditanya mengenai pendapatnya tentang penyertaan Faizal ke dalam Iklim. Akhbar tersebut turut memberitahu bahawa Saleem dan Iklim sudah hilang keserasian. Mereka semakin renggang dan mungkin tidak akan bersatu kembali.



IMEJ BARU... mana satu Saleem, mana satu Freddie Mercury?

Benarkah Saleem dan Iklim sudah berpecah dan apakah puncanya? Mampukah Faizal menggalas tanggungjawab sekiranya diberi peluang menjadi penyanyi tetap kumpulan tersebut? Dapatkah Iklim mengembalikan zaman kegemilangannya tanpa Saleem?
From: artisglamer.fotopages.com

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger