Monday, December 15, 2008

Isteri Beckham dipikat PM Itali?


Bintang bola sepak England, David Beckham bakal berdepan masalah di luar padang gara-gara pemilik kelab AC Milan yang juga Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi cuba untuk memikat isterinya, Victoria, lapor sebuah akhbar semalam.
Berlusconi dikatakan terdesak untuk memujuk Beckham supaya terus kekal di AC Milan selepas dia dipinjamkan dari LA Galaxy baru-baru ini

Beckham diperlukan oleh AC Milan bagi menggantikan pemain tengah kelab itu, Gennaro Gattuso.

Perdana Menteri berusia 72 tahun yang terkenal sebagai seorang kaki perempuan itu percaya cara terbaik untuk memujuk Beckham, 33, supaya kekal di Milan apabila pasangan itu tiba di Itali hujung bulan ini adalah dengan memenangi hati Victoria.

"Berlusconi amat teruja kerana beliau merupakan seorang peminat setia Victoria.

Bagaimanapun, beberapa sumber berkata, ia merupakan alasan terbaik untuk Berlusconi bertemu dan bermain cinta dengan Victoria yang dilihat daripada pandangan beliau sebagai orang penting dalam memujuk Beckham selepas kecederaan lutut Gatusso pada Ahad lepas.

"Terdapat motif tersembunyi di sebalik perkara itu. Victoria ialah seorang yang seksi dan terkenal dan Berlusconi akan gembira kerana mendapat peluang untuk cuba memenangi hatinya," kata satu sumber.

Beckham dijadualkan tiba di Milan sejurus selepas Hari Krismas sebelum dia bersama rakan-rakan sepasukan menuju ke sebuah kem latihan di Asia Barat pada 29 Disember ini sehingga menjelang tahun baru.

Sumber Dipetik Dari : isuduniamelayu.blogspot.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger