TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada pasangan suami isteri Erra Fazira dan Engku Emran kerana bakal menimang cahaya mata perempuan sekitar Mac nanti. Tak sabarnya Cik Normah nak tengok bayi mereka, mesti comel macam ibu dan bapanya.
Sumber Cik Normah beritahu, pelakon cantik itu baru saja menjalani imbasan dan doktor mengesahkan Erra bakal melahirkan bayi perempuan patutlah Cik Normah tengok muka Erra semakin berseri saja sejak mengandung ini. Tapi menurut sumber Cik Normah lagi, Erra dan suaminya tidak kisah apa pun jantina anak mereka kerana yang penting bayi dan ibunya nanti sihat.
Agak-agaknya nanti ikut siapalah agaknya rupa si bayi itu ya? Khabarnya pasangan suami isteri ini memang sudah tidak sabar lagi hendak menimang cahaya mata, maklumlah masing-masing pun bukannya muda lagi. Cuma Cik Normah kagum dengan Erra sebab dalam mengandung pun masih lagi kuat mencari rezeki.Maklumlah katanya dia tak betah duduk diam, tak kisahlah Erra asalkan berhati-hati, maklumlah cik abang dia tu sentiasa risaukan isterinya yang aktif. Setiap hari tak pernah lupa nasihatkan isterinya yang cantik itu supaya hati-hati ketika berjalan dan turun tangga.
Pada Erra dan Emran, Cik Normah nak ucapkan tahniah sekali lagi. Tinggal lagi empat bulan saja lagi bayi mereka akan lahir melihat dunia, apabila sudah lahir nanti, janganlah lupa beritahu Cik Normah ya! Bukan saja Cik Normah, peminat Erra juga tentu tidak sabar-sabar menantikan kelahiran Erra Fazira Junior.
Sumber Dipetik Dari : www.bharian.com.my
0 comments:
Post a Comment