MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
Korang perasan tak, sejak dua menjak ini, wajah Ally Iskandar sering muncul di kaca TV3. Boleh dikatakan setiap program temubual dan yang melibatkan pengacaraan di TV3, Ally Iskandar yang selalu berkaca mata itu akan diselitkan sebagai hos. Bermula dengan Wanita Hari Ini, kemudian, Muzik-Muzik dan Majalah Tiga… dan Ahad lalu, korang yang tengok Melodi bersiaran pasti akan tertanya-tanya, kenapa pula Ally diserapkan ke Melodi?
Korang tau tak kenapa? Budiey rasa semua ini adalah untuk persediaan awal dan strategi atau promosi hebat atau Budiey boleh katakan… ianya boleh meng-hype-kan nama ALLY. Bukan Ally Mc Beal tapi ALLY ISKANDAR… hehehe…
Sebagai pembuka tahun baru 2009, TV3 kini muncul dengan satu lagi program bual-bicara terbaru yang bakal mewarnai malam anda. ALLY bakal menemui penonton setia TV3 mulai esok, 31 Disember 2009 jam 11.00 malam. Program ini merupakan program bual bicara unik yang akan membicarakan tentang pelbagai isu kehidupan termasuklah sosial, pendidikan, hiburan, ekonomi, jenayah dan lain-lain.
Pada 31 Disember ini, Budiey tengok promo di TV3, khabarnya Ally menjemput pelakon yang sarat dengan kontroversi dan pernah digosipkan dengan Ally iaitu…, Fasha Sandha.
Rakaman episod pertama siri ini akan diadakan esok hari dengan membincangkan topik budaya ‘shopping’ lelaki dan wanita. Artis jemputan yang bakal menghiasai episod pertama ini adalah Fasha Sandha dan Shila OIAM.
Sesi rakaman pertama untuk program bual bicara ALLY akan diadakan pada 31 Disember 2008 (Rabu), jam 3.30 petang di Studio NTV7, Glenmarie, Shah Alam.
Sumber Dipetik Dari : http://www.budiey.com
MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
0 comments:
Post a Comment