MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
Hantaran berwarna hijau muda pilihan pihak lelaki. Bunga melur dan anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berasal dari Jawa.
Pelamin indah yang direka oleh Nas memang nampak begitu unik dan menarik sekali.
Hantaran berwarna merah jambu pilihan Ekin diberi sentuhan kreatif oleh wedding planner Nas.
Hantaran dari Ekin - kasut warna biru laut jenama Gucci untuk suami tersayang.
Seputih salju kek pemberian dari Ekin. Warna kelopak mawar merah jambu menaikkan lagi seri kek ini.
Unik sekali hantaran yang digubah oleh Nas. Ini adalah hantaran dari Mawi untuk Ekin
Mawi bersama rombongan
Diketuai oleh Ustaz Dini
Happy nyer Mawi dan Ekin. Bulan Madu kat Korea & Syria dih
Seiringan sejalan dan sepasukan
Yeay, Mawi menjadi hak aku sepenuhnya. Korang jangan rampas
Hantaran yang diberi oleh kedua pengantin unik dan menarik. Merah jambu dan hijau muda warna pilihan.
Lambaian dari kedua pengantin baru. Bermulalah episod baru dalam kamus hidup Mawi-Ekin sebagai suami dan isteri.
Kucupan pertama dari seorang suami. Pihak media tidak ketinggalan mengusik Mawi dan Ekin ketika foto dirakamkan.
Kau bukan milik mak lagi Ekin, kau dah jadi milik Mawi… uhuk uhuk uhuk
Lihatlah dunia, inai di jari kami
Hanya sekali lafaz sahaja Mawi sah menjadi suami Ekin
Aku terima nikahnya…
Semoga aku bahagia bersama Ekin, Ya Allah…
Mawi-Ekin begitu teruja di majlis perkahwinan mereka.
Cantik tak cincin nikah kami? Mawi-Ekin akan melayari bahtera yang baru dibina. Kedua pengantin mengharapkan doa restu dari peminat mereka.
Sah bergelar isteri. Ekin mengucup tangan suami penuh hormat.
Raja Sehari meninggalkan perkarangan masjid diiringi rombongan dari kedua belah pihak.
Selamat tinggal semua… malam ni kami boleh tidur sekatil dah… jangan jeles..
Bye Bye.- sumber foto MstarOnline
Selamat pengantin baru buat Mawi dan Ekin. Semoga bahagia ke hujung hayat. Sebagaimana korang tahu, Budiey tak dapat dijemput ke majlis perkahwinan mereka, jadi, diorang suruh Budiey pinjam gambar dan artikel dari media lain.
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Asmawi Ani, 27, atau Mawi hari ini sah bergelar suami kepada Nora’ Asikin Rahmat, 29, atau Ekin apabila kedua-dua mereka diijabkabulkan di Masjid Sultan Abu Bakar di sini kira-kira pukul 11.45 pagi ini.
Mengenakan pakaian sedondon berwarna putih gading tajaan Butik Cosry, majlis akad nikah disempurnakan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan empat orang saksi termasuk penyanyi Akhil Hayy mewakili keluarga Mawi dan pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah bagi pihak keluarga Ekin.
Majlis dimulakan apabila rombongan pengantin perempuan membawa masuk 11 dulang hantaran yang terdiri daripada jam tangan, kasut, dompet, tali pinggang, sejadah berserta songkok, al-Quran, cincin, set pewangi, buah-buahan dan sirih junjung.
Ia diikuti rombongan pengantin lelaki membawa sembilan dulang hantaran berupa al-Quran, cincin, tas tangan, kasut, jam tangan dan alat solek, pewangi, kek, sirih junjung serta wang hantaran berupa cek bernilai RM30,000.
Walaupun raptai majlis tersebut diadakan sehari sebelum upacara itu, Mawi dilihat agak berdebar tetapi dapat melafazkan akad nikah dengan lancar.
Sebaik sahaja akad nikah selesai, Mawi diberi peluang membaca taklik dan seterusnya melakukan sujud syukur bersama imam masjid berkenaan, Mahadir Yahya.
Majlis menjadi agak lucu apabila Mawi kelihatan kekok dan terus ketawa apabila diminta jurugambar untuk mencium dahi isterinya selepas sesi menyarungkan cincin bagi membatalkan air sembahyang serta menyerahkan mas kahwin sebanyak RM22.50.
Bagaimanapun suasana sedikit hiba apabila Ekin mengalirkan air mata ketika mendengar pesanan ibunya, Fatimah Saad.
Upacara akad nikah itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis lebih dua jam bermula pukul 10.30 pagi.
Ini merupakan majlis pernikahan artis kedua yang disiarkan secara langsung selepas majlis perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 pada 21 Ogos 2006.
Pada sidang akhbarnya, Mawi berkata, beliau amat gembira kerana akhirnya bergelar suami kepada Ekin selepas melalui pelbagai dugaan sepanjang perkenalan mereka.
“Sebelum ini kami menghadapi macam-macam dugaan tetapi akhirnya kami disatukan juga sebagai suami isteri,” kata Mawi yang akan melantik Ekin sebagai perunding imej dan pengurusnya.
Kata Mawi, antara faktor yang menambah perasaan sayangnya terhadap Ekin ialah apabila melihat pengorbanan isterinya yang tabah menghadapi tekanan ketika dikecam oleh segelintir pihak.
Ekin yang akan membuka butik busana Muslim selepas perkahwinan berpendapat, dia membuat keputusan yang betul memilih Mawi sebagai suaminya walaupun penyanyi itu turut dilemparkan pelbagai tuduhan.
Sementara itu, majlis resepsi sebelah keluarga perempuan akan diadakan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) malam ini dengan 1,500 tetamu. Majlis sambut menantu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember ini di Felda Taib Andak, Kulai. -Utusan Malaysia
“Dihina, dikutuk dan dikecam, namun kasih Ekin tetap kepada saya.’’ Mawi atau Asmawi Ani, 27, mengungkapkan kata-kata itu ketika menceritakan semangat kental isterinya, Ekin atau Nor’Ashikin Rahmat, 29, semasa menghadapi pelbagai dugaan alam percintaan sehingga terpaksa berlinang air mata.
Menurut Mawi, ketabahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh Ekin itu amat disanjunginya.
“Kami hadapi macam-macam dugaan sejak berkenalan. Terlalu banyak pengorbanan yang dia lakukan termasuklah dihina, dikecam dan dikutuk tetapi dia wanita yang kuat, walaupun hari-hari dia berendam air mata,’’ cerita Mawi.
MAWI dan Ekin melambai tangan kepada para peminat selepas majlis pernikahan mereka di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru semalam.
Mawi berkongsi kegembiraannya selepas dia dan Ekin selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri di Masjid Sultan Abu Bakar di sini semalam.
Pasangan itu dinikahkan oleh imam masjid tersebut, Datuk Mahat Mohd. Said dengan disaksikan oleh Kadi Daerah Johor Bahru, Syeikh Husni Tamrin Md. Sharif dan Imam Mahadi Yahya.
Tepat pukul 11.40 pagi, dengan hanya sekali lafaz dan mas kahwin RM22.50, Ekin sah menjadi milik Mawi.
“Ini perjalanan baru kami. Harap semua pihak doakan kami kekal hingga ke akhir hayat,’’ pinta Mawi.
Sementara itu, Ekin pula menganggap perkahwinan itu adalah hadiah atas segala kesabarannya selama ini.
“Saya rasa mengahwini Mawi adalah satu keputusan yang tepat. Mencintai Mawi kepada saya bukan satu kesalahan, sebab itu saya beranikan diri untuk meneruskan hubungan kami sehinggalah berkahwin,’’ kata Ekin pada sidang akhbar selepas majlis akad nikah semalam. - Kosmo
Detik-detik yang mendebarkan bagi pasangan pengantin Mawi-Ekin telahpun berlalu. Tentunya orang yang paling gembira di saat ini kerana segala yang dirancang berjalan lancar ialah wedding planner Nas Andika.
Nas merupakan penggubah hantaran kedua mempelai - 9 daripada pihak Mawi dan 11 hantaran dari pihak Ekin dan juga pelamin.
Selain hantaran, tuan punya butik andaman Nas Great Idea, telah ditugaskan membuat pelamin persandingan untuk majlis malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru (MBJB) dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.
Elemen Jawa diambil kira dan sentuhan Nas dapat dilihat majlis resepsi kedua pengantin ini nanti.
Bagi pelamin persandingan di MBJB, Nas mendapat ilham untuk memberikan konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.
Sementara tema Arab pula menjadi inspirasi bagi persandingan Mawi-Ekin di Hotel Palace of Golden Horses.
Sumber Dipetik Dari : http://www.budiey.com
MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
1 comments:
Aku dengar ramai yang tak senang budak kecil membaca doa selepas majlis akad nikah Mawi dan Ekin. Mungkin nampak cute, tapi majlis yang cukup serius sebegitu tidak patut 'dicutekan'. Wallahuallam.
- Short Talk -
Post a Comment