MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
TAHUN 2009 bakal memberikan keceriaan kepada penonton TV9 kerana pelbagai program terbaru yang menarik akan disajikan khas buat penonton setianya. Dan sebagai pembuka tirai tahun baru ini, penonton akan disajikan dengan sebuah program mencuit hati berjudul ’Apa Ke Halnya?’.
‘Apa Ke Halnya?’ atau mengikut loghat negeri Perak berbunyi ’Ape Ke Heynyer?’ akan digamatkan oleh pelawak terkenal, Mr. Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof bin Abdul Hamid. Pengalaman beliau dalam membintangi hampir 14 buah drama dan filem, berpengalaman dalam bidang penerbitan serta pernah meraih anugerah Pelakon Komedi Terbaik pada Filem Festival Malaysia ke-7 (1987) dan ke-13 (1997) telah membuatkan beliau diberi kepercayaan untuk menerajui program terbaru ini.
Mr. Os yang kian menyepi dalam bidang seni kini lebih fokus kepada pekerjaannya sebagai pemandu teksi. Sebagai pemandu teksi, Mr. Os lebih banyak mendekatkan diri dengan masyarakat dan secara tidak langsung dapat mendengar rintihan dan pemasalahan yang dialami oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Pengalaman inilah yang akan dikongsi oleh beliau bersama dengan dua lagi pelakon, penyanyi dan pengacara berpengalaman yang juga merupakan rakan karibnya, Shamsul Ghau Ghau (Shamsul Azahar Aliddin) dan Din Beramboi.
Gandingan mereka bertiga amat bersesuaian dengan konsep program yang lebih santai dan tidak terlalu serius. Ketiga-tiga mereka mempunyai daya tarikan tersendiri dalam mencuit hati penonton.
’Apa Ke Halnya?’ yang terdiri dariada tiga segmen ini menjanjikan keceriaan kepada penonton apabila ketiga-tiga hos komedi ini akan membualkan topik-topik berkaitan isu semasa yang dipetik menerusi media massa contohnya masalah kenaikan dan penurunan minyak, kenaikan harga barangan di pasaran, masalah kebersihan, masalah penyakit dan pelbagai lagi topik akan dibincangkan secara santai dan diselitkan dengan elemen jenaka.
Program yang dikeudarakan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi yang telah bermula 2 Januari lalu ini turut melakonkan semula watak-watak lucu yang ditampilkan oleh pelanggan-pelanggan yang menggunakan khidmat teksi Mr. Os.
Menerusi segmen kedua, kamera tersembunyi (candid camera) diletakkan di dalam teksi dan salah seorang daripada mereka akan berlakon dan bertanya soalan-soalan berkaitan isu semasa dan melihat gelagat mereka menjawab secara spontan.
Di samping itu, program ini turut menjemput para VIP sebagai tetamu istimewa dan membincangkan isu-isu semasa dalam suasana cukup santai. Pastikan janji temu anda bersama ’Apa Ke Halnya?’ setiap Jumaat hingga Ahad, jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi.
Sumber Dipetik Dari : http://www.budiey.com
MAHU KISAH LEBIH HANGAT DAN PANAS [ KLIK SINI ]
0 comments:
Post a Comment