Wednesday, January 21, 2009

Pemilik Google Membeli Jet Pejuang

H211 LLC yang merupakan salah sebuah anak syarikat milik Google.Inc. telah dilaporkan membeli sebuah jet pejuang ringan jenis Dornier Alpha Jet 1982. H211 LLC juga memiliki beberapa pesawat yang kerap digunakan oleh pemilik Google iaitu Larry Page dan Sergey Brin.

Dilaporkan bahawa H211 LLC telah berjaya mendapatkan hak untuk beroperasi dari sebuah pengkalan udara yang jaraknya hanyalah 10 minit dari ibupejabat Google berdekatan dengan San Francisco Bay, California. Yang lebih menarik di sini ialah pengkalan udara tersebut bukanlah sebuah pengkalan udara biasa tetapi ia adalah Moffett Field yang di miliki oleh NASA.

Tiada sesiapa boleh mendaratkan pesawat peribadi mereka di Mofett Field yang bersebelahan dengan Silicone Valley. Terlalu ramai ‘hi-tech billionaire’ yang cuba mendapatkan hak untuk mendaratkan pesawat peribadi mereka di situ, malangnya gagal disebabkan pengkalan tersebut dimiliki oleh NASA yang mempunyai peraturan yang terlalu ketat..

Anda bayangkan betapa hebatnya kedua-dua pemilik Google ini sehingga berjaya memiliki keistimewaan yang cukup sukar untuk dimiliki oleh billionaire yang lain.

Jika kita sorot kembali sejarah Google, ianya bermula dari Januari 1996 yang dijadikan projek kajian oleh Larry Page dan kemudiannya disertai oleh Sergey Brin yang mana mereka berdua merupakan pelajar PhD. Stanford University, California. Pada September 1998, mereka menubuhkan Google Inc. dan beroperasi dari garaj kereta seorang dari rakan mereka di Menlo Park, California. Pada 19hb Ogos 2004, Google Inc. di anggarkan bernilai USD$23 Billion.

Sumber dipetik dari: http://lisahilmi.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger