Monday, January 5, 2009

Tok Mon Yakin 80,229 pengundi di Kuala Terengganu

Maimun Yusuf atau lebih suka dipanggil Tok Mon beryakin untuk bertanding lagi. Sebanyak 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan membuang undi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen P.036 Kuala Terengganu, 17 Januari depan.
Dengan kesedaran yang memuncak Tok Mon tidak sedikit pun gentar dengan muslihat dan helah pihak lawan terutama PAS dan BN. Menang atau kalah tidak menjadi persoalan bagi Tok Mon, iltizam untuk membela rakyat terpinggir perlu diteruskan selagi hayat dikandung badan.

Tok Mon menggalakan pengundi membuat semakan mengenai maklumat pengundian masing-masing dengan melayari http://www.spr.gov.my/. SPR menyediakan khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) yang akan bermula esok hingga 17 Januari dengan menaip SPR jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888.
Pada pilihan raya umum Mac lalu di P.036 Kuala Terengganu, calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail menewaskan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu serta calon bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.
Tok tidak gentar, malah BN dan PAS yang gentar dengan Tok Mon.
Sumber Dipetik Dari : http://parlimen36.blogspot.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger