SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memberi tempoh 14 hari kepada AC Mizal, mengemukakan notis bantahan awal terhadap permohonan bekas isterinya yang mahu mahkamah mengeluarkan Notis Tunjuk Sebab mengapa pengacara, penyanyi dan pelakon itu tidak patut dipenjarakan atau didenda kerana gagal membayar tunggakan nafkah dua anaknya berjumlah RM50,000 sejak 2004.
Hakim Saarani Ismail memberi tempoh sehingga 24 September ini kepada AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 37, mengemukakan bantahan awal kepada mahkamah dan menetapkan 21 Oktober depan untuk membuat keputusan terhadap permohonan bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33.
"Dalam Islam, setia janji yang dibuat mesti ditunaikan. Jika peguam kamu tidak ikut tempoh yang diberikan ini, kamu (AC Mizal dan Shafnie) mesti desak mereka. Kadang-kadang peguam terlalu sibuk dengan kerja lain," katanya.
AC Mizal diwakili peguam Aishah Din manakala Azmi Mohd Rais mewakili Shafnie.
AC Mizal dan Shafnie berkahwin pada 24 Jun 1995 dan mendapat dua anak, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.
Pada 22 Disember 2004, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat mengeluarkan perintah mahkamah menerusi Perjanjian Penyelesaian dan memerintahkan AC Mizal menjelaskan bayaran nafkah dua anaknya yang tertunggak RM50,000 secara ansuran iaitu sebanyak RM200 sebulan.
Thursday, September 11, 2008
14 hari untuk AC Mizal kemuka notis bantahan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment