NAMPAKNYA kedatangan Syawal ini lebih bermakna buat pasangan suami isteri popular, Norman Hakim dan Abby Abadi apabila mereka baru saja menerima kedatangan ahli keluarga baru.
SS difahamkan, Abby selamat melahirkan bayi perempuan, jam 8.22 pagi semalam di Poliklinik Kohilal, Melawati, Hulu Klang. Bayi yang diberi nama Maria Danisha Hakim itu dilahirkan dengan berat 3.95 kilogram.
Sebelum ini, Norman dan Abby sudah mempunyai sepasang cahaya mata, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim. Bagaimanapun, SS tak dapat pastikan sama ada Abby bersalin menerusi pembedahan ataupun normal.
Tetapi kalau ikutkan pengalaman Abby yang lalu, dia senang bersalin. Mana tidaknya, dia melahirkan Dania dalam kereta Honda Streamnya. Kalau tak salah SS, Danish pula dilahirkan dua minggu lebih awal dari tarikh sebenar. Apapun, SS mengharapkan ibu dan anak sihat walafiat.
Semoga dengan kehadiran Maria, tambah mengeratkan lagi kasih sayang pasangan suami isteri yang agak kerap dilanda kontroversi sehari dua ini. Bak kata orang tua, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Dua manusia berkongsi hidup, pasti ada buah fikiran masing-masing. Oleh itu, jika ada sebarang perselisihan faham, jangan biarkan ia berpanjangan. Apa jua masalah, bawalah berbincang. Apatah lagi pada bulan yang mulia, semoga yang keruh kembali jernih.
SS tengok rezeki mereka juga semakin melimpah apabila kedua-duanya tidak berhenti mendapat tawaran berlakon. Boleh dikatakan setiap saluran televisyen ada muka Norman dan Abby. Baru-baru ini, Abby juga dilantik menjadi duta Ribena. Semoga kebahagiaan menjadi milik mereka sekeluarga.
Petikan Sumber Dari : HARIAN METRO
0 comments:
Post a Comment