Lebih daripada itu, suami kepada penyanyi handalan negara terbabit mengakui bahawa 99 peratus masanya adalah di sisi Siti walau ke mana pun termasuk ke luar negara seperti London.
"Sebenarnya anda (wartawan) menerima maklumat itu daripada gosip yang tidak berasas iaitu satu kenyataan yang tidak betul. Ia semakin besar. Untuk dipendekkan cerita, saya menafikan perkara itu. Walaupun Siti sendiri tidak percayakan tentang perkara itu, dia turut bertanya adakah ia benar ataupun tidak.
"Sejak saya berkahwin dengan Siti, boleh dikatakan 99 peratus masa saya hanya bersama Siti. Walaupun ke mana saya pergi, saya tetap bersama Siti.
"Saya tidak berminat untuk menyiasat siapakah yang memulakan cerita ini. Ini pun bukan pertama kali berlaku kerana sebelum ini ada juga gosip yang mengatakan saya memukul Siti.
"Saya berharap kenyataan ini akan menamatkan gosip yang semakin membesar," kata Khalid ketika menghadiri majlis berbuka puasa serta pengumuman artis naungan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd di Menara Yayasan Tun Razak di sini, malam tadi.
Secara berseloroh, Khalid mengatakan ada 'monyet' menggoncangkan pokok selepas wartawan bertanyakan "Masakan pokok boleh bergoyang jikalau tiada angin."
Gosip perkahwinan Khalid dengan pramugari di London tercetus sejak Ogos lalu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini adalah dugaan terbaru yang melanda rumah tangga mereka berdua selepas khabar angin mengatakan Khalid pernah mencederakan Siti.
Khalid turut mengakui inilah harga yang dibayar selepas mengahwini penyanyi tersohor tanah air.
Menurut Siti pula, dia langsung tidak akan mempercayai cerita sedemikian dan akan tetap meneruskan tanggungjawab sebagai isteri yang baik.
"Benda ini patut dibiarkan, jika ia dilayan ia akan jadi lebih berpanjangan. Orang yang membuat fitnah ini seronok jika agendanya berjaya. Apabila siti terbacanya, hati Siti sekecil kuman pun tidak percaya. Siti juga sudah bertanyakan suami adakah ia benar atau tidak dan jawapannya adalah tidak," kata Siti.
Petikan Sumber Dari: www.murai.com.my
0 comments:
Post a Comment