Thursday, September 11, 2008

Cham VE sah cerai talak tiga



PETALING JAYA: Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini, semalam, mengesahkan lafaz cerai diucapkan anggota kumpulan VE, Cham atau nama sebenarnya, Charma Adizalilullah Abdul Kadir terhadap isterinya dan memutuskan pasangan itu bercerai dengan talak tiga.

Hakim Syarie, Jamil Ahmad membuat keputusan itu selepas mengesahkan lafaz talak diucapkan Cham (plaintif) terhadap isterinya, Karmila Khalid, 31, (defendan) yang berbunyi 'Saya ceraikan kau dengan talak tiga' pada Jun lalu sebagai sah.

Plaintif juga mengakui waras ketika melafazkan kata-kata itu.

Cham melafazkan cerai terhadap Karmila selepas tercetusnya pergaduhan di rumah mereka di Seksyen 13, Shah Alam, jam 1 pagi, 5 Jun lalu.

Cham yang memakai baju-T berwarna kuning dan Karmila sepasang baju kurung putih hadir di mahkamah dan kedua-duanya kelihatan mesra ketika ditemui di luar mahkamah.

Penyanyi itu berkata, beliau akan menanggung tiga anaknya sampai mati, malah tidak serik untuk berkahwin lagi jika ada jodoh.

Sementara itu, Karmila melahirkan rasa bersyukur kerana perceraian adalah jalan terbaik antara mereka dan berjanji akan menjaga tiga anaknya dengan baik.

Sekiranya anda ingin mendapatkan gambar² artis yang terkini dan juga gosip² yang terkini, ianya terus ke email anda, daftarkan diri anda secara percuma. sila klik SUBSCRIBE

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger