Thursday, September 18, 2008

Linda masih bengang dengan Fahrin?

MAAFLAH kalau apa yang bakal Cik Normah bebelkan di sini akan mengguris perasaan penyampai radio, Linda Onn dan bekas teman tapi mesranya, Fahrin. Daripada sumber yang menyampaikannya kepada Cik Normah, kononnya dua selebriti ini sehingga kini masih menyimpan amarah gara-gara ‘cinta’ tak kesampaian itu.

Bukan dia bercakap kosong kerana apa yang dikatakannya itu disertakan dengan bukti. Sewaktu mereka berdua menghadiri rakaman promo program realiti, Sehati Berdansa untuk musim kedua ini nampak jelas sangat yang Linda masih lagi bengang dengan Fahrin.

Teman Cik Normah yang curi-curi pandang pasangan itu mendapati daripada riak wajah Linda saja sudah cukup menggambarkan betapa dia memang tak kuasa hendak mengadap wajah jejaka itu. Cik Normah faham, mungkin apa yang berlaku meninggalkan kesan kelukaan di hati Linda, tetapi apalah salahnya jika mereka bersikap profesional buat sementara waktu.

Tapi kalau betul hati tu memang menyampah dan sudah tak suka, tak payahlah nak bekerjasama. Buat saja macam Jehan Miskin yang terus terang mengaku tidak akan terbabit dalam satu produksi dengan bekas kekasihnya, Jue Aziz. Kan ke senang?

Pun begitu, Cik Normah harap, hubungan Linda dan Fahrin akan kembali jernih seperti sebelum ini. Anggap saja apa yang berlaku itu sebagai tiada jodoh. Lagi pun Linda kan dah bertemu pengganti, jadi buat apalah nak gaduh-gaduh.

Petikan Sumber Dari : Berita Harian

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger