Wednesday, September 24, 2008

SMS punca gosip hubungan Norman, Abby bergolak

Sekalipun menafikan gosip keretakan rumah tangga, aktres popular pernah akui jiwa tertekan

SEBELUM Zubir bercerita lebih lanjut mengenai desas-desus pergolakan rumah tangga pasangan artis popular, Norman Hakim dan Abby Abadi, Zubir ingin mengambil kesempatan pada Ramadan ini untuk ucapkan tahniah kepada mereka atas kelahiran cahaya mata ketiga, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu.

Bayi perempuan seberat 3.95 kilogram itu dilahirkan secara normal jam 8.22 pagi di Poliklinik Kohilal, Taman Melawati.

Menerusi ruangan ini pada 7 September lalu, Zubir ada menyiarkan sebuah artikel bertajuk, ‘Rumah tangga Norman, Abby kembali bergolak’ yang antara lain menyebut kononnya Norman sudah lama tidak pulang ke rumahnya di Ukay Perdana, sekali gus tidak risau keadaan isterinya yang sedang sarat mengandung. Khabar angin itu dimaklumkan seorang sumber yang sering makan di sebuah restoran berdekatan pejabat Norman.

Justeru, Norman tampil membuat penjelasan menerusi Berita Harian terbitan 10 September, memberitahu: “Macam mana lewat sekalipun saya habis penggambaran, saya akan pulang ke rumah. Saya sayangkan keluarga, apatah lagi anak-anak juga sedang membesar dan memerlukan perhatian. Setiap saat saya menantikan kehadiran cahaya mata ketiga dengan penuh debaran.”

Menerusi akhbar sama, Norman mendakwa dia kecewa kerana tiada siapa yang menghubunginya untuk mendapatkan penjelasan berhubung gosip keretakan rumah tangganya. Kata Norman: “Bagi saya gosip ini klise. Saya tahu mengenai gosip dalam akhbar daripada Abby sendiri. Dia menghubungi saya memaklumkan perkara itu.”

Sejurus membaca kenyataan Norman, Zubir terus mengirimkan SMS kepada Norman dan Abby untuk bertemu mereka, sekali gus bertanya kesahihan gosip yang pernah Zubir siarkan, namun selepas beberapa SMS dikirimkan, tiada sebarang balasan daripada mereka. Seminggu Zubir menunggu, tapi hampa.

Akhirnya Berita Harian terbitan 19 September lalu menyiarkan berita kelahiran Maria Danisha, sekali gus melaporkan itu sebagai bukti kisah keretakan rumah tangga mereka hanyalah sekadar sebuah khabar angin.

Berasakan kredibiliti tulisan Zubir dipersoalkan, terpaksalah Zubir menyiarkan kiriman SMS yang datangnya daripada Abby sendiri. Sepatutnya Zubir tidak boleh mendedahkan siapa sumber, namun selepas beberapa peluang diberi supaya Norman dan Abby tampil memberi penjelasan tidak diendahkan, Zubir tiada pilihan lain.

SMS pertama kiriman Abby bertarikh 28 Ogos: “Ya Bang, ada yang boleh saya tolong? Reply jelah SMS saya ni, Sekarang tak suka jawab phone, ‘jiwa tak tenteram’. SMS kedua bertarikh 30 Ogos: “Boleh tolong saya tak? Merayu sangat ni. Minta keluarkan kat paper kata Norman Hakim diminta balik untuk selesaikan masalah dengan isterinya. Boleh Bang? Tertekan sangat dah dengan keadaan sekarang ini. Memang hancur dah hati ini. Tolong Bang.”

Akhirnya SMS ketiga daripada Abby pada tarikh sama berbunyi: “Hati tu sayang tapi keadaan macam tak menyebelahi saya. Makin teruk! Saya terlalu tertekan dengan keadaan. Lagi pulak menunggu hari nak bersalin ni, sedih sangat dibuatnya.”

Mungkin ketika Abby mengirimkan SMS berkenaan, jiwanya kacau. Pun begitu, pada ketika ini Zubir harapkan keadaan rumah tangga Norman dan Abby memang benar kembali pulih sedia kala. Biasalah lautan mana tidak bergelora, begitu juga alam perkahwinan, sentiasa diduga dengan pancaroba. Terpulanglah pada kebijaksanaan kita menanganinya. Yang penting, baik Norman dan Abby, mereka tidak cepat melatah dengan gosip.

Sebagai kawan yang sudah mengenali Norman dan Abby hampir 10 tahun, Zubir minta maaf zahir dan batin sekiranya mereka tersinggung dengan tulisan Zubir, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Syawal, kita bermaaf-maafan, buang yang keruh, ambil yang jernih. Salam Aidilfitri buat Norman sekeluarga.


ZUBIR: Siapa aktor popular mengadu pada pihak pengurusan akhbar ini apabila gosip cintanya tersiar.

Petikan Sumber Dari: Barita Harian

1 comments:

Anonymous said...

norman...lu ni bangang btul..jgn dok wat nala ceq..

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger