Saturday, October 25, 2008

Sheila Majid dapat Datuk

SULTAN Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa gelaran 'Datuk' kepada penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Jazz di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.


GELARAN DATUK... Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran 'Datuk' kepada penyanyi yang mendapat gelaran Ratu Jazz, Sheila Majid pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena ulang tahun keputeraan baginda yang ke-78 di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, Pekan hari ini.

Dua kerabat Diraja Pahang Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu'adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainon Jamil Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) II mendahului senarai penerima darjah kebesaran.

Sumbe Dipetik Dari : isuhangat.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

bila pulak aku nak dapat datuk ni...

Anonymous said...

Datuk Sheila Majid

Congrats.

The only local artist whereby I buy original CDS.

Her unique sultry voice and music quality arrangements that spells out perfaction.

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger