Monday, October 20, 2008

Sudiro Meninggal Sakit Jantung

Alfatihah buat sudiro, semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

KUALA LUMPUR: Penulis skrip dan pelakon drama bersiri Rumah Kedai, Sudiro Sukirman, 49, meninggal dunia akibat sakit jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh dari rumahnya di Taman Pinggiran Subang di sini, semalam.

Anak saudaranya, Hafandy Abdul Hadi, 21, berkata Sudiro dibawa oleh jirannya ke hospital selepas tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di tempat meletak motosikal di pekarangan rumahnya.

"Bapa saudara saya sudah menetap di Taman Pinggiran Subang lebih dua tahun. Ketika kejadian, beliau hendak ke rumah kakak tiri, Parti Phormadi di Selayang Tambahan.

"Ketika tiba di tempat meletak motosikal, arwah tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri. Sebelum ini, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan tidak pernah mengadu mengenai keadaan kesihatannya.

"Bagaimanapun hasil dari pemeriksaan doktor, kematian arwah berpunca daripada injap jantungnya yang tersumbat," katanya yang ditemui di Hospital Sungai Buluh, semalam.

Sudiro anak sulung dari tiga beradik menderita penyakit kencing manis sejak berumur 30 tahun.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selayang, petang semalam.

Takziah & Al fatihah....

Sumber Dipetik Dari : gambarartis.blogspot.com

0 comments:

Original design by andrastudio Blogger port by Blogger Templates

Powered by Blogger